January 20, 2014

Menjana Pendapatan dengan blog atau laman web

buat duit dengan blogging
Assalammualaikum.

   Peluang untuk memperoleh pendapatan atau rezeki ada dimana-mana sahaja, tinggal kita sahaja untuk mengambil peluang tersebut. Sebagai contoh, pada zaman sekarang ini sudah ramai mempunyai internet di rumah masing-masing. Mengikut statistik, pengguna internet di Malaysia adalah seramai 17,723,000 orang pada tahun 2012.

   Kuasa internet adalah sangat luas dan besar, anda bukan sahaja boleh bersosial, menonton movie atau mendengar muzik, anda juga boleh menjana pendapatan daripada internet. Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah menjana pendapatan hanya dengan blog atau mempunyai laman web sendiri. Dengan kuasa internet yang semakin meluas ini, ramai syarikat yang ingin mengiklankan produk-produk dan servis mereka di dalam internet. Jika anda mempunyai blog atau laman web anda boleh mengiklankan produk-produk syarikat lain dan syarikat ini akan membayar anda dengan jumlah yang memuaskan.

   Tidaklah susah untuk membuat duit dengan cara ini, yang penting sekali anda mesti ada keazaman dan semangat yang tinggi untuk membina satu blog yang berkualiti. Apa yang dimaksudkan dengan berkualiti? Blog anda mestilah mempunyai artikel-artikel ataupun sesuatu yang boleh menarik orang ramai untuk berkunjung ke blog anda. Contohnya blog anda adalah mengenai insurans, pasti orang ramai yang ingin tahu pasal insurans akan berkunjung ke blog atau laman web anda itu. Jika blog anda mengenai apa yang anda makan hari ini, ianya bukanlah satu blog yang akan menarik ramai orang, melainkan anda seorang selebriti atau orang yang terkenal.

   Boleh saya katakan buat duit dengan blog atau laman web ini sangat menguntungkan kerana untuk membina satu blog atau laman web tidak semestinya memerlukan modal, jika perlu sekalipun tidaklah sebesar memulakan perniagaan. Seperti saya, saya tidak mengeluarkan sebarang modal berbentuk duit untuk memulakan blog saya ini, saya hanya bermodalkan idea yang kreatif dan semangat yang tinggi untuk mengarang sebanyak mungkin artikel yang boleh menarik orang ramai. Dengan ini saya telah berjaya menjana pendapatan sehingga USD 40 (dollar) sehari, jika ditukarkan kepada nilai wang Malaysia nilainya adalah RM130 sehari. (Buktinya lihat disini LINK)

   Kenapa mesti ada semangat yang tinggi? Ini adalah sebab sesuatu blog itu haruslah mempunyai pengisian yang baru dalam satu-satu masa. Jika blog anda hanya mempunyai sedikit pengisian (post) pastilah jumlah pengunjung anda pun sedikit, dengan blog yang sentiasa dikemas kini dengan pengisian yang baru maka jumlah pengunjung juga akan ramai dan akan sentiasa bertambah.

  Setelah anda mempunyai blog atau laman web, anda perlu mempromosikan artikel-artikel anda untuk meningkatkan jumlah pengunjung. Dengan jumlah pengunjung yang ramai, pendapatan yang anda akan perolehi juga akan tinggi. Jumlah pengunjung memainkan peranan penting untuk menjana pendapatan anda. Sebagai contoh, iklan di television, pada waktu puncak seperti jam 8.00 malam, syarikat akan membayar jumlah wang yang tinggi untuk meletakkan iklan mereka kerana pada waktu tersebut ramai orang menonton television. Anda boleh melakukan pelbagai cara untuk mempromosikan artikel atau blog anda (LINK).

   Langkah seterusnya, meletak iklan dalam blog atau laman web anda. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat pengiklanan ini, anda boleh lihat senarai syarikat yang menawarkan pengiklanan di blog atau laman web di sini (LINK). Selain itu, susun atur iklan di dalam blog anda juga penting untuk meng-optimumkan pendapatan anda. Susun atur iklan yang lebih mendapat tumpuan pengunjung akan meningkatkan jumlah pendapatan.

  Pada mulanya saya menghabiskan banyak masa untuk meningkatkan kualiti blog saya, akhirnya saya telah berjaya mendapat jumlah pendapatan yang memuaskan. Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjana pendapatan, dengan ekonomi yang tidak menentu ini, harga barang yang kian meningkat pasti ini dapat meringankan beban anda. Dan juga sekadar berkongsi cerita.

No comments :

Post a Comment