April 19, 2014

Menjana Pendapatan Dengan Google Adsense


   Pasti ramai yang pernah mendengar Google Adsense ini, dan ramai juga telah memanfaatkan program ini. Bagi yang tidak mengetahui, Google Adsense (GA) adalah program pengiklanan, dimana para pengguna (publisher) menjana pendapatan dengan menerbitkan iklan-iklan daripada GA ini di dalam blog atau laman web mereka. 

   Sehingga kini ramai pengguna GA mengakui program ini adalah yang terbaik di dunia dan telah membayar berbilion dollar kepada mereka jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain. Saya telah menyertai program ini selama lebih daripada setahun dan pendapatan saya walaupun tidak banyak, tetapi bagi saya ianya sudah memadai.


   Diatas ini adalah jumlah pendapatan saya (pada 19/4/2014), jumlah ini adalah dalam dollar Amerika. Tetapi jumlah ini adalah tidak terhad, ianya boleh meningkat sebanyak mungkin dan ianya juga boleh menurun. Keadaan ini bergantung kepada kualiti blog atau laman web anda. Anda boleh lihat pendapatan saya di atas, ianya telah meningkat daripada semalam, minggu lepas dan juga bulan lepas.

   Peluang ini juga boleh diambil oleh anda jika anda berminat untuk menjana pendapatan dengan hanya mempunyai blog atau laman web sendiri. Anda akan perolehi pendapatan setiap kali pengunjung klik pada iklan yang anda letakkan di dalam blog atau laman web anda, jadi jumlah pengunjung memainkan peranan penting untuk anda meningkatkan jumlah pendapatan. Lebih ramai pengunjung, lebih banyak pendapatan. Selain GA, terdapat juga syarikat lain yang menawarkan penjaan pendapatan melalui blog atau laman web.

Lihat bagaimana untuk memohon akaun Google Adsense dengan mudah. LINK.

Sekadar berkongsi.

No comments :

Post a Comment