Showing posts with label kajian. Show all posts
Showing posts with label kajian. Show all posts

July 13, 2012

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #6: Iktibar Sejarah Andalusia

Iktibar Sejarah Andalusia: Teladan Dan Sempadan

Jika diteliti dari sudut perkembangan dan kemajuan Islam di Andalusia, jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan  keilmuan, disamping perkembangan industri dan pertanian.

Namun, disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku, pemerintahan Islam akhirnya tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerahkan penguasaan mereka selama hampir  8 abad itu kembali kepada Kristian. 

Antara punca yang dilihat melemahkan umat Islam ketika itu dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:

1)   Perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang mentadbir wilayah. Ini dapat dilihat pada peringkat  

           Awal pemerintahan Andalusia di mana para pemimpin sering berselisih dalam hal ehwal pentadbiran. Gangguan dari dalam ini telah menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Pergolakan itu berupa perselisihan di antara penguasa elit, terutama akibat  perbezaan  ras dan etnik. Disamping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika Utara yang berpusat di Qairawan. Masing–masing mengaku bahawa merekalah yang paling  berhak menguasai  Andalusia ini. Oleh kerana itu, tidak hairanlah penggantian pemerintah atau wali (gabenor) berlaku lebih daripada dua puluh kali dalam jangka waktu yang amat singkat. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan seringnya terjadi perang saudara sesama mereka lalu merencatkan pembangunan tamadun umat di sana.

2)  Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat khalifah. Akhirnya, anasir-anasir tidak puas hati itu membawa kepada perancangan untuk merampas kekuasaan dalam kalangan umat Islam, sedihnya dengan melibatkan kerjasama dengan pihak musuh.

3) Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

Manakala kejayaan mereka yang boleh  dijadikan iktibar ialah;

1) Andalusia telah membuka ruang untuk memastikan supaya sekiranya kita ingin sentiasa maju ke hadapan , kita harus bersikap terbuka kepada pemikiran-pemikiran  kreatif  dan idea-idea yang inovatif. Mereka telah mencapai kejayaan dari segi sains dan teknologi  kerana mereka menggalakkan suasana  intelek dan tidak rigid dengan kemasukan ilmu-ilmu moden.

2) Kecemerlangan Andalusia dalam bidang pertanian dan industri  memungkinkan kita untuk mempertingkatkan kemajuan dalam bidang ini dengan bantuan teknologi maklumat , dan  mengambil nikmat bioteknologi untuk dikembangkan dalam sektor ini agar pertanian dan industri lain tidak lagi dipandang enteng.

3) Lahirnya ilmuan seperti  Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan lain-lain menuntut kita melahirkan cendekiawan Muslim yang versatile , mahir dari segi ilmu turath dan juga ilmu moden yang mampu untuk meninggalkan jejaknya yang tersendiri di dunia ini. Generasi ilmuwan moden ini harus dibina jati diri mantap agar member manfaat kepada pembangunan negara.

4)  Ketamadunan yang dibina telah meninggikan Eropah yang pada waktu tersebut berada pada zaman kegelapan. Bandar Cordova di  Andalusia dilihat sebagai Bandar yang terulung dalam kalangan Negara-negara Eropah yang lain dan  mereka telah memajukan intelektualisme dari aspek falsafah , seni bina, matematik , teologi, perubatan dan banyak lagi sehingga Islam digambarkan begitu ke hadapan dalam soal ini. Mereka dapat me-asimilisasi-kan  Islam dengan falsafah dan pusat kecemerlangan Greek sehingga ia menyumbang kepada pembangunan keseluruhan negara Barat yang di dominasi kaum Kristian.

5) Kejayaan mereka membina tamadun dalam keadaan mereka mempunyai kepelbagaian bangsa dan penganut agama samawi juga sesuatu yang unik. Sudah pasti ia ada kaitan dengan kefahaman terhadap ajaran Islam yang dipraktikkan dalam bentuk siyasi. Rujukan tentunya terhadap contoh-contoh awal yang ditunjukkan oleh khalifah  Islam dalam memberi dan menjamin hak asasi setiap penganut agama yang mana mereka boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan Islam. Contoh –contoh jaminan ini terus dilaksanakan sehingga ke wilayah pemerintahan Andalusia. Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan sejarah di mana umat Islam, Kristian dan Yahudi saling membantu mewujudkan suasana keilmuan yang baik terutama di Cordova. Ini kelihatan begitu relevan dengan negara kita sekarang yang mempunyai kepelbagaian latar bangsa dan penganut agama. Oleh itu, demi mencapai puncak kemajuan , kerjasama antara kaum ini harus diberi tumpuan yang wajar bagi meningkatkan kerjasama dan kefahaman dalam kalangan rakyat yang ada.



TAMAT

Continue Reading...

July 2, 2012

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #5: Benteng Terakhir Dan Kejatuhan Andalusia

Benteng Terakhir Dan Kejatuhan Andalusia

   Cordova yang masyhur didalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan Bandar terakhir dibawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian.

   Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan Islam di Andalusia amat menyedihkan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam dibawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620-897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam dibawah pemimpin Abu Abdullah daripada di guling dengan lebih teruk.

   Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandatangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan diserahkan kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella. Perjanjian yang dikatakan mempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara.

   Namun perjanjian yang tidak pernah ditunaikan oleh pihak Kristian itu nampaknya menjadi senjata yang menikam umat Islam terus menerus sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan, apatah lagi untuk merampas kembali Andalusia ini. Kesan-kesan peninggalan umat Islam, ketamadunan yang dibina dan seumpamanya telah banyak dimusnahkan.

   Jika kita menjejak kaki ke Andalusia ketika ini, kita dapat melihat sendiri bagaimana kota yang dibina oleh pemerintahan Islam kelihatan dihancurkan dan hampir tidak ditemui oleh para sejarawan dan ahli arkeologi. Dalam kes ini, lebih jelas jika dilihat bagaimana kota Madinahat-Zahra ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan runtuhan kota itu seolah tidak dapat untuk diselamatkan. Walaupun kota ini dikhabarkan musnah akibat pergolakan dan peperangan saudara pada tahun 1010M, namun keunggulan kota ini terus malap apabila Andalusia jatuh ke tangan bukan Islam.

   Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra’ atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

   Oleh kerana berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada ini. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya sendiri, iaitu kepada saudaranya yang, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad.

  Lalu perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada kepada beliau, lantas Ferdinand dan isterinya Isabella sebagai Raja dan Ratu yang menumpang kejayaan terakhir di Andalusia.

   Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup mengandaikan prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja. Selain itu ia turut disebabkan beberapa faktor iaitu;
  • Usaha agresif puak Kristian untuk menakluk kembali wilayah yang ditadbir oleh kaum Muslimin sehingga menyebabkan pertahanan mereka terus rapuh dan tidak mampu bertahan atas serangan fikri dan askari yang dilakukan tentera musuh. Gerakkan ini lebih dikenali sebagai Recoquista. Tidak dinafikan ia yang mempunyai kaitan dengan usaha pihak Kristian untuk menakluk wilayah yang telah jatuh ke tangan umat Islam di seluruh dunia dimana ia seolah turut terkesan dengan pergerakantentera Salib yang menumpukan perhatian di wilayah umat Islam di Asia Barat.
  • Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di wilayah luar Andalusia, melainkan sokongan yang sering diterima hanya dari Afrika Utara sahaja.
  • Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak (succession plan) untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak-beranak atau ahli keluarga.
  • Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain. Perbezaan fikrah yang wujud dalam kalangan mereka banyak membawa keruntuhan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.
   Kesan daripada kejatuhan inilah umat Islam dihina dan dihalau keluar dari Andalusia. Ia turut terpalit kepada kaum Yahudi, dimana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterusnya runtuh. Kehinaan yang diterima seperti mana berdasarkan perintah yang dikeluarkan pada tahun 1492M iaitu setiap orang Yahudi yang enggan dibaptis, mereka perlulah keluar dari Andalusia dalam tempoh 3 bulan. Ia diikuti perintah yang dikeluarkan 10 tahun selepas itu kepada mereka yang tidak mahu dibaptiskan, iaitu perintah pada Februari 1502 di mana pihak Kristian mengusir golongan pendatang yakni orang Islam dari Seville dan sekitarnya. Jelas, kejatuhan pemerintahan yang berlaku bukan sekadar peralihan kuasa politik tetapi ia turut memberi kesan kehinaan kepada umat Islam malah ada diantara mereka yang diperangi ketika sudah bersedia keluar dari Andalusia.





gua, gua-lu, merintis kehidupan manusia, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit, kisah teladan untuk pedoman
Continue Reading...

June 13, 2012

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #4 : Kewujudan Kerajaan Kecil Andalusia Membawa Keruntuhan

Kewujudan Kerajaan Kecil Andalusia Membawa Keruntuhan

          Kerajaan-kerajaan kecil yang muncul di Andalusia terbentuk apabila kepimpinan utama mula lemah. Ia rentetan daripada kelemahan pemimpin di kalangan Bani Umaiyyah yang menguasai Andalusia selepas daripada Khalifah al-Mustansar Billah (961-976 M). Bermula dari itu, Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, berpecah menjadi banyak daerah yang membentuk lebih daripada 20 kerajaan- kerajaan kecil.

Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil init urut dikenali sebagai Muluk al-Tawa’if disebabkan oleh semangat puak iaitu untuk mengangkat puak sendiri. Mereka seolah-olah secara tidak langsung berpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyyah dan seakan menjurus kepada perkauman sesama sendiri.

Fenomena ini berlaku setelah pucuk kepimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah. Secara tidak langsung, kerajaan-kerajaan kecil ini wujud pada dekad akhir pemerintahan Bani Umaiyyah di Andalusia iaitu kira-kira sekitar tahun 403 H / 1012 M.

Namun bibit-bibit perpecahan awal telah pun wujud atau dapat dilihat 20 tahun lebih awal iaitu semasa Khalifah Hisham II memegang tampuk pemerintahan. Perpecahan adalah jelas ketara setelah Al-Mansur Ibn Abi Amir meninggal dunia pada tahun 392 H / 1002 M.



gua, gua-lu, merintis kehidupan manusia, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit, kisah teladan untuk pedoman
Continue Reading...

June 6, 2012

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #3 : Kecemerlangan Islam Di Andalusia

Peringkat Kecemerlangan Islam Di Andalusia

Kecemerlangan pemerintahan Islam di Andalusia boleh dikatakan berlaku pada zaman pemerintahan Bani Umayyah Andalusia, selepas mereka bertindak keluar  dari penguasaan Abbasiyyah terhadap wilayah Islam. Kejayaan ini berlaku pada zaman  Abdul Rahman al-Dakhil yang mula mengukir nama di Andalusia pada tahun 138H/756H. Zaman ini berterusan selama kira-kira 3 abad hingga 422H/1031H di mana pemimpinnya berjaya membentuk satu masyarakat yang dinamis dan harmonis dalam kepelbagaian latar belakang penduduknya. Dalam hal ini, Ahmad Zaki menegaskan kecemerlangan di zaman pemerintahan Umayyah ini telah berlangsung dalam dua peringkat pentadbiran yang pentadbiran yang penting iaitu pertama : era pemerintahan Umayyah yang memerintah tanpa campur tangan asing dan kedua : era pemerintahan Umayyah yang tidak dipengaruhi oleh kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dari segi politik bersama semangat rohnya.

Melihat kepada zaman pemerintahan ini, boleh dikatakan bahawa pentadbiran yang diberi kuasa mentadbir secara sendiri tanpa pengaruh anasir luar, boleh sebenarnya memacu kecemerlangan yang ingin dicapai. Apabila pentadbiran tidak dicampur dengan urusan-urusan lain, maka mereka tidak akan disibukkan dengan pergolakan luaran yang berlaku. Lalu, tumpuan mereka adalah dalam kerangka mempertingkat daya dan usaha ke arah merealisasikan matlamat yang digariskan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Andalusia itu muncul sebagai satu ketamadunan yang cukup membanggakan Timur dan Barat.

Bermula dengan era pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil jugalah telah memperlihatkan perkembangan pesat ketamadunan berlaku. Di zaman beliau, masjid Cordova telah dibina dan sekolah-sekolah telah didirikan di beberapa kota besar Andalusia. Hisham pula merupakan orang ang mengungguli syariat Islam dan Hakam didapati pula didapati banyak member sumbangan dalam melengkapkan aspek ketenteraan dari segi kelengkapan dan latihan yang sempurna untuk pasukan pertahanan ini.

Bermula pada zaman Abdul rahman III yang dikenali juga dengan nama Abdul Rahman al-Nasir, pemerintahan di Andalusia mula menggunakan gelaran Khalifah, mungkin disebabkan oleh merekalah satu-satunya kerajaan yang meneruskan pemerintahan Bani Umayyah di kala Bani Abbasiyyah mula mengukir  kuasa di Baghdad. Ada yang mengatakan bahawa pemakaian gelaran Khalifah itu berlaku kerana Abdul Rahman III melihat bahawa kerajaan Bani Abbasiyyah mungkin akan runtuh disebabkan oleh pergolakan yang menyaksikan al-Mu’tadil dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Gelaran Khalifah ini sudah tentu akan mengangkat martabat beliau kerana ia akan dianggap sebagai pemerintah bagi keseluruhan wilayah Islam.

Di atas semangat Abdul Rahman III inilah telah memperlihatkan kejayaan pemerintahan beliau dalam mendirikan pusat kecemerlangan ilmu, iaitu Universiti Cordova yang telah berdiri megah sehingga hari ini.

Namun begitu, seakan sudah menjadi lumrah bahawa di sana ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun. Kitaran ketamadunan itu menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa yang berada di puncak pasti akan melalui zaman menurun. Kitaran inilah yang turut melanda Andalusia sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin menunjukkan ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari sudut politik pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan intelektual dan fizikal.

Kejatuhan Andalusia tidak berlaku sekelip mata, tetapi ia melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada dikalangan pemimpin umat Islam pada ketika itu yang berjaya mempertahankan ketuanan Andalusia. Bibit-bibit kejatuhan itu bermula apabila pemerintahan Andalusia dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan kecil.



gua, gua-lu, merintis kehidupan manusia, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit, kisah teladan untuk pedoman
Continue Reading...

May 27, 2012

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #2 : Pemerintahan Islam Di Andalusia

Pemerintahan Islam di Andalusia

     Pemerintahan Islam di Andalusia telah membawa nafas baru setelah menamatkan kekejaman pemerintahan Raja Roderick. Perilaku dan akhlak Thariq dan orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan penduduk Andalusia senang untuk menerima mereka. Kebebasan agama benar-benar diakui apabila pemerintahan Islam di Andalusia ini tidak berkira untuk mengamalkan mana-mana agama, Islam atau Kristian mahupun Yahudi bebas mengamalkan agama mereka.

        Keadilan ditegakkan tanpa berkira bangsa, sehingga jika tentera Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komuniti mendapat layanan yang sama rata.

        Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur.

        Pemerintahan Islam digambarkan berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadun. Antaranya dapat dibuktikan daripada:


Seorang penulis Kristian terkenal menulis:
"Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.”
Daripada gambaran ini, dapat difahami bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya boleh membantu mewujudkan kestabilan selagi mana ia tidak bertentangan dengan hasrat pemerintahan. Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan tamadun Islam Andalusia menguasai dunia dan meniti di bibir umat dalam menghormati ketamadunan yang dibina.

           Dalam masa yang singkat tentera Islam Berjaya menguasai Negara yang diperintah dengan kejam ini. Keazaman tentera Islam untuk memerdekan Andalusia ketika itu sangat tinggi walaupun bilangan tentera mereka lagi sedikit berbanding tentera Raja Roderick. Dan mereka Berjaya juga akhirnya memerintah Andalusia dan memberikan nafas baru dalam pemerintahan yang bercirikan Islam dan menyebarkan syiar Islam di Negara Eropah ini.

         Secara umum, pemerintahan Islam di Andalusia dilihat sebagai satu pemerintahan yang mementingkan kecemerlangan ketamadunan dari sudut ilmu, sosial dan masyarakat. Sejarawan pada umumnya mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalus, masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kegelapan dan kejahilan. Ini bermaksud, kedatangan dan era pemerintahan Islam di Andalus telah melonjakkan tamadun Islam secara keseluruhannya sehingga ada yang menganggap ia lebih hebat dari tamadun Islam di Timur yang berada di bawah pemerintahan Bani Umayyah dan Abbasiyyah.

Secara umum, pemerintahan Islam di Andalusia telah menjadi pemangkin kepada kejayaan Eropah dalam membina tamadun mereka. Usaha-usaha yang dilakukan oleh para pemerintah Islam telah memberikan impak positif sehingga Barat dapat membina tamadun mereka yang membanggakan sehingga hari ini.

Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka mempunyai pelbagai latar belakang. Ada dalam kalangan mereka berbangsa Arab, Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun antara punca kejatuhan kerajaan Islam juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya ini yang merenggangkan hubungan mereka sesama sendiri sehingga akhirnya kerajaan turut menjadi lemah.

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #1 : Penaklukan Andalusia


gua, gua-lu, merintis kehidupan, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit,
kisah teladan untuk pedoman seluruh umat manusia
Continue Reading...

May 11, 2012

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #1 : Penaklukan Andalusia.

Semalam ada rakan-rakan kelas buat pembentangan mengenai pembangunan dan kejatuhan kerajaan Islam Andalusia (Sepanyol). Banyak isi-isi menarik yang mereka bentangkan seperti terbinanya kerajaan Islam di Andalusia, betapa majunya Andalusia setelah Islam memerintah Tapi paling, boleh dikatakan sedih juga, iaitu kejatuhan Islam di Andalusia. Mungkin ramai sudah mengetahui mengenai sejarah Andalusia atau Sepanyol ini, cuba anda ingat balik, hayati balik dan yang paling penting ambil pengajaran daripada sejarah Andalusia ini.


Punca Islam Menakluk Andalusia

Penaklukan Andalusia adalah disebabkan pemerintahan yang kejam oleh Raja Visigothic’ yang bernama Raja Roderick. Pemerintahan ketika itu mengancam kesucian wanita di Andalusia, petani dikenakan cukai tanah yang tinggi dan banyak lagi diskriminasi yang tidak berperikemanusiaan.

Gabenor Ceuta, Julian bersama puterinya Florinda yang pernah dinodai oleh Roderick bersama sebahagian besar pendudukan Andalusia ketika itu telah berhijrah ke Afrika. Julian telah meminta pertolongan daripada Musa bin Nusair, Raja Muda Afrika untuk memerdekakan Andalusia daripada pemerintahan Raja Roderick.

Penaklukan Islam Bermula

        Pada bulan Rejab tahun 97 H, Musa bin Nushair memerintahkan Thariq Bin Ziyad pembantu Musa untuk menyerang semenanjung Andalusia dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Laut Mediterranean dengan menggunakan kapal-kapal pemberian Julia, Gabenor Ceuta.

        Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.

      Pada 19 Julai 711M, pasukan tentera Islam dan tentera kristian Andalusia bertempur di muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya kepada 4 kumpulan dan mengarahkan mereka ker Cordoba, Malaga, dan Granada. Manakala Thariq bersama pasukannya menuju ke Toledo, ibukota Andalusia. Semua kota-kota itu menyerah tanpa tentangan yang sukar. Kepantasan dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera Gothik. Raja Roderick telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Andalusia dan mereka tidak berani lagi menentang tentera Islam lagi.

        Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah dan Andalus. Khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik telah mewakilkan Gabenor untuk mentadbir Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Andalus dari tahun 718 – 756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn nusayr dan telah dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri. Sejak dari itu, kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk Bandar Zaragoza, Leon dan beberapa buah bandar lain.



       Apa yang menarik untuk diperhatikan sejarah pemerintahan Andalusia ini ialah pemerintahannya kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Abbasiyyah telah mula bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H / 750M. Ini bermaksud, walaupun kerajaan Islam yang memimpin majoriti umat Islam sudah beralih kepada Bani Abbasiyyah, namun Andalusia terus diungguli oleh para pemerintah dari kelompok Umayyah. Secara tidak langsung, kecemerlangan yang dibina pada peringkat awal di Andalusia terus dapat dibangunkan walaupun ada pergolakan kepimpinan yang berlaku di peringkat pentadbiran pusat sehingga pemerintahan Umayyah beralih kepada pemerintah baru. Proses mempertahankan kedaulatan Andalusia agar bebas dari cengkaman Abbasiyyah dikatakan berlaku pada tahun 138H / 756M, iaitu selepas kira-kira 4 dekad ia dibuka oleh pasukan Islam.


Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #2 : Pemerintahan Islam Di Andalusia




gua, gua-lu, merintis kehidupan, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit,
kisah teladan untuk pedoman seluruh umat manusia
Continue Reading...

April 28, 2012

Pendidikan Percuma : Terdapat 25 Buah Negara Berpendidikan Percuma

Terdapat 25 buah Negara berpendidikan percuma, iaitu:
  1. Argentina
  2. Barbados
  3. Brazil
  4. Belgium
  5. Croatia
  6. Denmark
  7. Finland
  8. Greece
  9. Hungary
  10. Kenya
  11. Malta
  12. Mauritius
  13. Morocco
  14. Norway
  15. Russia
  16. Scotland
  17. Slovakia
  18. Sri Lanka
  19. Sweden
  20. Trinidad and Tobago
  21. Brunei
  22. Turkey
  23. Oman
  24. Saudi Arabia
  25. Uruguay 

*jumlah ini berkemungkinan tidak tepat. 

Pendidikan percuma dirujuk kepada pendidikan yang dibiayai oleh cukai atau organisasi kebajikan.

Walaubagaimanapun, pendidikan percuma ini bukannya keseluruhannya percuma. Negara-negara yang berpendidikan percuma ini kebanyakkannya hanya yuran pengajian sahaja ditanggung, tetapi kos pentadbiran dan yuran pelbagai masih perlu dibayar contohnya di negara-negara Nordic (Denmark, Finland, Iceland, Norway and Sweden) dan Argentina. Tetapi penduduk di negara-negara Nordic ini dikenakan kepelbagaian cukai yang tinggi untuk disalurkan ke sektor pendidikan.

Untuk mendapatkan pendidikan percuma ini juga bukannya senang, seperti di Brazil, pemberian pendidikan percuma ini agak terhad kerana pertambahan universiti-universiti di negara tersebut agak tinggi. Dengan ini pelajar harus bersaing untuk mendapatkan pendidikan percuma ini, dan persaingan ini teramat sengit dikalangan mereka. Mereka juga wajib lulus peperiksaan yang dinamakan “Vestibular” untuk kemasukan ke universiti.

Di Sri Lanka, pendidikan percuma diberikan sepenuhnya pada peringkat awal dan pertengahan, tetapi pada peringkat tinggi pendidikan percuma adalah terhad, kurang daripada 16,000 pelajar sahaja yang layak menerima pendidikan ini. Pelajar di Sri Lanka juga wajib menduduki peperiksaan untuk kemasukkan ke universiti dan hanya pelajar terbaik sahaja dipilih.

Ada pula di negara-negara tertentu yang pendidikan percuma hanya diperingkat rendah dan pertengahan (menengah) sahaja. Contohnya di negara Mauritius.

Cara Negara-negara ini memberi pendidikan percuma adalah kebiasaannya melalui pemberian biasiswa dan elaun bulanan.

Natijahnya, pendidikan percuma ini bukan sewenang-wenangnya diberikan kepada pelajar dan juga bukan semua pelajar akan dapat, tetapi ada pengorbanan dan cara yang sukar untuk mendapatkannya. 

gua, gua-lu, merintis kehidupan, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit,
kisah teladan untuk pedoman seluruh umat manusia
Continue Reading...