May 11, 2012

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #1 : Penaklukan Andalusia.

Semalam ada rakan-rakan kelas buat pembentangan mengenai pembangunan dan kejatuhan kerajaan Islam Andalusia (Sepanyol). Banyak isi-isi menarik yang mereka bentangkan seperti terbinanya kerajaan Islam di Andalusia, betapa majunya Andalusia setelah Islam memerintah Tapi paling, boleh dikatakan sedih juga, iaitu kejatuhan Islam di Andalusia. Mungkin ramai sudah mengetahui mengenai sejarah Andalusia atau Sepanyol ini, cuba anda ingat balik, hayati balik dan yang paling penting ambil pengajaran daripada sejarah Andalusia ini.


Punca Islam Menakluk Andalusia

Penaklukan Andalusia adalah disebabkan pemerintahan yang kejam oleh Raja Visigothic’ yang bernama Raja Roderick. Pemerintahan ketika itu mengancam kesucian wanita di Andalusia, petani dikenakan cukai tanah yang tinggi dan banyak lagi diskriminasi yang tidak berperikemanusiaan.

Gabenor Ceuta, Julian bersama puterinya Florinda yang pernah dinodai oleh Roderick bersama sebahagian besar pendudukan Andalusia ketika itu telah berhijrah ke Afrika. Julian telah meminta pertolongan daripada Musa bin Nusair, Raja Muda Afrika untuk memerdekakan Andalusia daripada pemerintahan Raja Roderick.

Penaklukan Islam Bermula

        Pada bulan Rejab tahun 97 H, Musa bin Nushair memerintahkan Thariq Bin Ziyad pembantu Musa untuk menyerang semenanjung Andalusia dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Laut Mediterranean dengan menggunakan kapal-kapal pemberian Julia, Gabenor Ceuta.

        Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.

      Pada 19 Julai 711M, pasukan tentera Islam dan tentera kristian Andalusia bertempur di muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya kepada 4 kumpulan dan mengarahkan mereka ker Cordoba, Malaga, dan Granada. Manakala Thariq bersama pasukannya menuju ke Toledo, ibukota Andalusia. Semua kota-kota itu menyerah tanpa tentangan yang sukar. Kepantasan dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera Gothik. Raja Roderick telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Andalusia dan mereka tidak berani lagi menentang tentera Islam lagi.

        Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah dan Andalus. Khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik telah mewakilkan Gabenor untuk mentadbir Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Andalus dari tahun 718 – 756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn nusayr dan telah dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri. Sejak dari itu, kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk Bandar Zaragoza, Leon dan beberapa buah bandar lain.



       Apa yang menarik untuk diperhatikan sejarah pemerintahan Andalusia ini ialah pemerintahannya kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Abbasiyyah telah mula bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H / 750M. Ini bermaksud, walaupun kerajaan Islam yang memimpin majoriti umat Islam sudah beralih kepada Bani Abbasiyyah, namun Andalusia terus diungguli oleh para pemerintah dari kelompok Umayyah. Secara tidak langsung, kecemerlangan yang dibina pada peringkat awal di Andalusia terus dapat dibangunkan walaupun ada pergolakan kepimpinan yang berlaku di peringkat pentadbiran pusat sehingga pemerintahan Umayyah beralih kepada pemerintah baru. Proses mempertahankan kedaulatan Andalusia agar bebas dari cengkaman Abbasiyyah dikatakan berlaku pada tahun 138H / 756M, iaitu selepas kira-kira 4 dekad ia dibuka oleh pasukan Islam.


Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #2 : Pemerintahan Islam Di Andalusia




gua, gua-lu, merintis kehidupan, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit,
kisah teladan untuk pedoman seluruh umat manusia

No comments :

Post a Comment