Kecemerlangan pemerintahan Islam di
Andalusia boleh dikatakan berlaku pada zaman pemerintahan Bani Umayyah
Andalusia, selepas mereka bertindak keluar
dari penguasaan Abbasiyyah terhadap wilayah Islam. Kejayaan ini berlaku
pada zaman Abdul Rahman al-Dakhil yang
mula mengukir nama di Andalusia pada tahun 138H/756H. Zaman ini berterusan
selama kira-kira 3 abad hingga 422H/1031H di mana pemimpinnya berjaya membentuk
satu masyarakat yang dinamis dan harmonis dalam kepelbagaian latar belakang
penduduknya. Dalam hal ini, Ahmad Zaki menegaskan kecemerlangan di zaman
pemerintahan Umayyah ini telah berlangsung dalam dua peringkat pentadbiran yang
pentadbiran yang penting iaitu pertama : era pemerintahan Umayyah yang
memerintah tanpa campur tangan asing dan kedua : era pemerintahan Umayyah yang
tidak dipengaruhi oleh kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dari segi politik bersama
semangat rohnya.
Melihat kepada zaman pemerintahan
ini, boleh dikatakan bahawa pentadbiran yang diberi kuasa mentadbir secara
sendiri tanpa pengaruh anasir luar, boleh sebenarnya memacu kecemerlangan yang
ingin dicapai. Apabila pentadbiran tidak dicampur dengan urusan-urusan lain,
maka mereka tidak akan disibukkan dengan pergolakan luaran yang berlaku. Lalu,
tumpuan mereka adalah dalam kerangka mempertingkat daya dan usaha ke arah
merealisasikan matlamat yang digariskan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah
Andalusia itu muncul sebagai satu ketamadunan yang cukup membanggakan Timur dan
Barat.
Bermula dengan era pemerintahan
Abdul Rahman al-Dakhil jugalah telah memperlihatkan perkembangan pesat
ketamadunan berlaku. Di zaman beliau, masjid Cordova telah dibina dan
sekolah-sekolah telah didirikan di beberapa kota besar Andalusia. Hisham pula
merupakan orang ang mengungguli syariat Islam dan Hakam didapati pula didapati
banyak member sumbangan dalam melengkapkan aspek ketenteraan dari segi
kelengkapan dan latihan yang sempurna untuk pasukan pertahanan ini.
Bermula pada zaman Abdul rahman III
yang dikenali juga dengan nama Abdul Rahman al-Nasir, pemerintahan di Andalusia
mula menggunakan gelaran Khalifah, mungkin disebabkan oleh merekalah
satu-satunya kerajaan yang meneruskan pemerintahan Bani Umayyah di kala Bani
Abbasiyyah mula mengukir kuasa di
Baghdad. Ada yang mengatakan bahawa pemakaian gelaran Khalifah itu berlaku
kerana Abdul Rahman III melihat bahawa kerajaan Bani Abbasiyyah mungkin akan
runtuh disebabkan oleh pergolakan yang menyaksikan al-Mu’tadil dibunuh oleh pengawalnya
sendiri. Gelaran Khalifah ini sudah tentu akan mengangkat martabat beliau
kerana ia akan dianggap sebagai pemerintah bagi keseluruhan wilayah Islam.
Di atas semangat Abdul Rahman III
inilah telah memperlihatkan kejayaan pemerintahan beliau dalam mendirikan pusat
kecemerlangan ilmu, iaitu Universiti Cordova yang telah berdiri megah sehingga
hari ini.
Namun begitu, seakan sudah menjadi
lumrah bahawa di sana ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn
Khaldun. Kitaran ketamadunan itu menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa
yang berada di puncak pasti akan melalui zaman menurun. Kitaran inilah yang
turut melanda Andalusia sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin
menunjukkan ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari
sudut politik pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan intelektual dan
fizikal.
Kejatuhan Andalusia tidak berlaku
sekelip mata, tetapi ia melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada dikalangan
pemimpin umat Islam pada ketika itu yang berjaya mempertahankan ketuanan
Andalusia. Bibit-bibit kejatuhan itu bermula apabila pemerintahan Andalusia
dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan kecil.
gua, gua-lu, merintis kehidupan manusia, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit, kisah teladan untuk pedoman
No comments :
Post a Comment