Android Inc. telah diasaskan di Palo Alto, California pada
Oktober 2003 oleh Andy Rubin (pengasas bersama Danger), Rich Miner (pengasas
bersama Wildfire Communication Inc.), Nick Sears (bekas TP di T-Mobile), dan
Chris White (Ketua pembangunan rekabentuk dan antaramuka di WebTV), dalam kata-kata Rubin “peranti bimbit yang lebih pintar adalah
peranti yang mengetahui lokasi dan kegemaran tuannya.” Walaupun jelas pelaksanaan lepas pengasas dan
pekerja awalnya, Android Inc. berjalan secara rahsia, mendedahkan ianya hanya menjalankan pembangunan terhadap perisian untuk telefon bimbit. Pada tahun yang
sama, Rubin kehabisan duit. Steve Perlman sahabat rapat Rubin membawa $10,000
tunai di dalam sampul memberikan kepadanya tetapi menolak untuk mempunyai kepentingan di dalam
syarikat.
Google
mendapatkan Android Inc. pada Ogos 17, 2005, menjadikannya anak syarikat Google
sepenuhnya. Pekerja utama Android Inc. termasuk Rubin, Miner dan White kekal di
dalam syarikat selepas pengambil alihan. Tidak ramai yang mengenali Android
Inc. pada waktu itu, tetapi ramai menganggap Google merancang untuk memasuki
bidang telefon bimbit dengan langkah ini. Di Google, pasukan yang diketuai oleh
Rubin membangunkan platform telefon bimbit dikuasakan oleh Linux Kernel. Google
memasarkan platform tersebut untuk pembuat telefon dan syarikat telco dengan
janji menyediakan system yang fleksible dan boleh dinaik taraf. Google
mempunyai barisan komponen hardware dan rakan kongsi software dan memberi
isyarat kepada syarikat telco yang ianya dibuka untuk pelbagai tahap kerjasama pada
pihaknya.
Spekulasi
tentang niat Google untuk memasuki pasaran komunikasi terus merebak sehingga
Disember 2006. Laporan daripada BBC dan The Wall Street Journal menyatakan
Google mahukan carian dan aplikasi pada telefon bimbit dan ianya bekerja keras
untuk mendapatkannya. Media cetak dan elektronik kemudiannya melaporkan khabar
angin bahawa Google membangunkan telefon jenama Google. Sesetengah membuat
spekulasi bahawa Google sedang
mentarifkan spesifikasi teknikal, ia menunjukkan prototaip untuk pembuat
telefon bimbit dan operator rangkaian telefon bimbit. Pada September 2007,
Information Week memberi liputan satu Evalueserve melaporkan Google telah
memfailkan beberapa paten aplikasi dalam bidang telefon bimbit.
Pada 5 November, 2007, Open Handset Alliance, satu gabungan
syarikat teknologi termasuk Google, pembuat peranti seperti HTC dan Samsung,
pembawa tanpa wayar seperti Sprint Nextel dan T-Mobile dan pembuat chipset
seperti Qualcomm dan Texas Instruments, mendedahkan dirinya dengan matlamat
untuk membangunkan open standard untuk telefon bimbit. Pada hari tersebut juga,
Android didedahkan sebagai produk pertamanya, platform peranti bimbit dibina
berdasarkan Linux Kernel versi 2.6. Telefon pertama yang menggunakan Android
adalah HTC dream, dikeluarkan pada 22 October, 2008. Pada awal 2010, Google
melancarkan siri Google Nexus – barisan peranti yang menggunakan system operasi
Android dan dibina dengan rakan kongsi Original Equipment Manufacturer (OEM).
Google bergabung dengan HTC untuk mengeluarkan telefon Nexus yang pertama, the
Nexus One. Kemudian diikuti pada 2010 dengan Nexus S buatan Samsung dan pada
2011 dengan Galaxy Nexus. Pada 2012, Nexus 7 – tablet pertama Nexus telah
dikeluarkan dengan gabungan bersama Asus.
No comments :
Post a Comment