November 10, 2012

Kenapa Islam Dipersenda.


Saya pasti memang kebanyakkan umat Islam, tidak kira di dunia ataupun di Malaysia ini marah jika agama kita sendiri, agama Islam, dipersenda dan dipermainkan. Apabila ada pihak yang cuba mempersendakan Islam, ada yang tampil memberikan bantahan, mengutuk dan sebagainya terhadap pihak yang mempersendakan Islam.

Tapi pernahkah kita merenung sedalam-dalamnya kenapa Islam dipersenda. Apakah sebab-sebabnya agama kita yang tercinta ini dijadikan bahan jenaka dan sebagainya. 

Kita membuat demostrasi membantah dan mengutuk tindakan pihak yang biadap ini. Tapi pernahkan kita mengutuk perbuatan kita sendiri. Sejauh manakah kita mencintai Islam, Baginda Rasulullah SAW dan Allah SWT.

Dalam sedar tak sedar sebenarnya diri kita sendiri yang menyebabkan ramai pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan agama kita sendri. Tengok la pada zaman sekarang ini, tak perlu tengok jauh, tengok dalam negara kita, Malaysia ini sendiri, dengan mudah kita menerima pengaruh barat dan budaya mereka. Dalam cara berpakaian, cara pergaulan, cara pemakanan, cara berpolitik dan sebagainya.

Tengok cara pemakaian orang Islam di Malaysia, tengok muka memang orang melayu yang Islam. Tetapi cara pemakaian macam orang barat dan tentulah telah melanggar peraturan agama Islam sendiri. Orang barat kalau tengok cara berpakaian serupa dengan mereka, mereka pun anggap kita ni serupa dengan mereka. Macam tiada beza agama mereka dengan agama Islam dan mereka juga tahu yang kita ini telah melanggar peraturan agama kita. Jadi dengan sebab ini jugalah mereka terus merosakkan kita menggunakan pelbagai cara, yang halus mahupun kasar, untuk kita terus melanggar peraturan dan hukum Allah.

Begitu juga dengan cara-cara yang lain, mereka akan sentiasa mengambil ruang yang ada walaupun ruang itu sebesar lubang cacing untuk terus melemahkan umat-umat Islam. Pada masa kini, bukan sahaja orang-orang barat dan yahudi sahaja cuba meruntuhkan kita. Dalam Malaysia ini sendiri ada pihak yang cuba untuk melakukan perkara yang sama.

Tengok la dalam politik Malaysia ini, sehinggakan ada orang bukan Islam yang mempertikaikan hukum Allah. Kerana apa? Kerana umat Islam kita sendiri yang menolak hukum tersebut. Kerana umat Islam di Malaysia sendiri dengan terang melanggar hukum-hukum Allah. Minum arak, berzina, berjudi, dan sebagainya.

Jika hukum hudud dijalankan di Malaysia, mereka takut mereka akan dihukum dan tidak boleh melakukan perkara-perkara maksiat lagi. Sebab inilah ada pihak luar, yang bukan Islam, mengambil kesempatan mempermain isu hudud ini untuk kepentingan politik dan diri sendiri. Bagaimana hukum Allah ini tidak dipersenda kalau umat Islam sendiri yang menolaknya. Menolak hukum Allah, adalah seumpama mempersendakan hukum itu sendiri.

Dengan sikap kita yang jauh meninggalkan agama inilah sebenarnya punca agama Islam ini dipersenda dan dipermainkan. Jika kita benar-benar mencintai Islam, tidak sanggup jika Islam dipersenda, lakukan perubahan dalam diri kita dahulu. Dekati ilmu-ilmu agama, patuh suruhan Allah dan Rasul, solat 5 waktu dengan kusyuk. InsyaAllah kita boleh menjadi umat Islam yang kuat.

Kalau nak cerita bagaimana cara pihak luar merosakkan umat Islam ini, terlalu panjang ceritanya. Tapi dengan akal yang dianugerahkan Allah kepada kita ini, kita cubalah bezakan sesuatu perkara itu, baik buruknya dalam Islam.

Jika kita telah menjadi umat Islam yang kuat, pihak-pihak yang lain akan takut dengan kita dan tidak berani untuk mempersendakan agama Islam tercinta ini. Boleh diumpamakan orang yang lemah takutkan orang yang kuat. Jadilah umat Islam yang kuat, jadilah umat Islam yang digeruni, dengan kuatkan Islam dalam diri.

No comments :

Post a Comment