Showing posts with label android. Show all posts
Showing posts with label android. Show all posts

November 7, 2012

Sejarah Android

Android Inc. telah diasaskan di Palo Alto, California pada Oktober 2003 oleh Andy Rubin (pengasas bersama Danger), Rich Miner (pengasas bersama Wildfire Communication Inc.), Nick Sears (bekas TP di T-Mobile), dan Chris White (Ketua pembangunan rekabentuk dan antaramuka di WebTV), dalam kata-kata Rubin “peranti bimbit yang lebih pintar adalah peranti yang mengetahui lokasi dan kegemaran tuannya.”  Walaupun jelas pelaksanaan lepas pengasas dan pekerja awalnya, Android Inc. berjalan secara rahsia, mendedahkan ianya hanya menjalankan pembangunan terhadap perisian untuk telefon bimbit. Pada tahun yang sama, Rubin kehabisan duit. Steve Perlman sahabat rapat Rubin membawa $10,000 tunai di dalam sampul memberikan kepadanya tetapi menolak untuk mempunyai kepentingan di dalam syarikat.

Google mendapatkan Android Inc. pada Ogos 17, 2005, menjadikannya anak syarikat Google sepenuhnya. Pekerja utama Android Inc. termasuk Rubin, Miner dan White kekal di dalam syarikat selepas pengambil alihan. Tidak ramai yang mengenali Android Inc. pada waktu itu, tetapi ramai menganggap Google merancang untuk memasuki bidang telefon bimbit dengan langkah ini. Di Google, pasukan yang diketuai oleh Rubin membangunkan platform telefon bimbit dikuasakan oleh Linux Kernel. Google memasarkan platform tersebut untuk pembuat telefon dan syarikat telco dengan janji menyediakan system yang fleksible dan boleh dinaik taraf. Google mempunyai barisan komponen hardware dan rakan kongsi software dan memberi isyarat kepada syarikat telco yang ianya dibuka untuk pelbagai tahap kerjasama pada pihaknya.

Spekulasi tentang niat Google untuk memasuki pasaran komunikasi terus merebak sehingga Disember 2006. Laporan daripada BBC dan The Wall Street Journal menyatakan Google mahukan carian dan aplikasi pada telefon bimbit dan ianya bekerja keras untuk mendapatkannya. Media cetak dan elektronik kemudiannya melaporkan khabar angin bahawa Google membangunkan telefon jenama Google. Sesetengah membuat spekulasi bahawa Google sedang  mentarifkan spesifikasi teknikal, ia menunjukkan prototaip untuk pembuat telefon bimbit dan operator rangkaian telefon bimbit. Pada September 2007, Information Week memberi liputan satu Evalueserve melaporkan Google telah memfailkan beberapa paten aplikasi dalam bidang telefon bimbit.

Pada 5 November, 2007, Open Handset Alliance, satu gabungan syarikat teknologi termasuk Google, pembuat peranti seperti HTC dan Samsung, pembawa tanpa wayar seperti Sprint Nextel dan T-Mobile dan pembuat chipset seperti Qualcomm dan Texas Instruments, mendedahkan dirinya dengan matlamat untuk membangunkan open standard untuk telefon bimbit. Pada hari tersebut juga, Android didedahkan sebagai produk pertamanya, platform peranti bimbit dibina berdasarkan Linux Kernel versi 2.6. Telefon pertama yang menggunakan Android adalah HTC dream, dikeluarkan pada 22 October, 2008. Pada awal 2010, Google melancarkan siri Google Nexus – barisan peranti yang menggunakan system operasi Android dan dibina dengan rakan kongsi Original Equipment Manufacturer (OEM). Google bergabung dengan HTC untuk mengeluarkan telefon Nexus yang pertama, the Nexus One. Kemudian diikuti pada 2010 dengan Nexus S buatan Samsung dan pada 2011 dengan Galaxy Nexus. Pada 2012, Nexus 7 – tablet pertama Nexus telah dikeluarkan dengan gabungan bersama Asus.

Continue Reading...

Apa itu Android?


Android adalah sistem operasi telefon bimbit berasaskan linux dibangunkan dan diedarkan oleh Google bersama dengan Open Handset Alliance. Pada mulanya Android dibangunkan oleh Android Inc. sebelum ianya dibeli oleh Google pada 2005, dan didedahkan pada 2007, dengan penubuhan Open Handset Alliance, satu konsortium terdiri daripada 86 syarikat hardware, software, dan komunikasi mengambil bahagian untuk memajukan open standard untuk peranti telefon bimbit. Direka terutamanya untuk telefon pintar skrin sentuh dan komputer tablet, telefon pertama dikuasakan dengan Android dijual pada Oktober 2008.






Continue Reading...

Apa Itu Root Android?



Rooting Android adalah satu proses membenarkan pengguna telefon pintar, tablet, dan peranti lain yang beroperasi menggunakan Android untuk memperoleh kawalan istimewa (dikenali sebagai "root access") di dalam subsistem Android. Rooting selalunya dipahamkan untuk mengatasi had-had yang dibuat oleh pembawa telefon selular (Carriers@Syarikat Telco) dan pembuat hardware, memberikan keupayaan untuk mengubah atau mengantikan sistem aplikasi dan seting, menjalankan aplikasi istimewa yang memerlukan kebenaran pada tahap-administrator, atau untuk melakukan operasi lain yang tidak dapat dilakukan oleh pengguna Android biasa. Rooting boleh dikaitkan dengan Jailbreaking peranti yang dioperasikan oleh Apple iOS. Pada Android, rooting juga boleh memudahkan proses membuang dan mengantikan sistem operasi peranti, kebiasaannya dengan operasi sistem yang lebih baru.

Oleh kerana Android asalnya daripada Linux Kernal, rooting peranti Android adalah sama dengan proses untuk mengakses kebenaran admin pada operasi sistem Linux yang lain seperti FreeBSD atau OS X.
Kesimpulannya, rooting ini membolehkan pengguna Android mengakses sistem kepada tahap yang lebih mendalam. Kebiasaannya rooting ini dilakukan untuk pembangunan sistem Android, aplikasi-aplikasi Android, hardware Android dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem dalaman Android. Akses rooting ini tidak digalakkan kerana takut jika pengguna menyalah gunakan kelebihan ini, dan ianya boleh merosakkan sistem dalaman Android.
Continue Reading...

Kebaikkan dan Keburukan Root Android


Jika anda mempunyai peranti Android, mungkin anda pernah mendengar perkataan "rooting" atau "rooted." Jika anda tertanya-tanya adakah sesuai untuk anda lakukan, kami akan berkongsi dengan anda kebaikkan dan keburukan rooting telefon pintar Android anda.

Sebelum kami pergi jauh, apa sebenarnya "rooting"? Sebagaimana post yang sebelum ini, rooting Android merujuk kepada mendapatkan akses untuk penggunaan atau arahan ke tahap "akar"(root).



Jadi, patutkah anda root telefon anda? Pada saya, jawapan untuk soalan itu adalah ya, tetapi sebelum anda membuat keputusan, teliti dulu senarai kebaikkan dan keburukan rooting.

Kebaikkan Rooting


Sebab yang terbaik untuk root telefon Android anda adalah:


1. "Tethering" atau berkongsi internet 4G/3G anda kepada laptop atau tablet menggunakan USB, Hotspot atau Bluetooth.


2. Install tema custom, ROMS dan membuat modifikasi. Ini adalah sebab kebanyakkan orang root telefon mereka. Keupayaan untuk mengubah telefon anda mengikut cita rasa anda sendiri dan menaiktaraf perisian adalah menjadi keperluan bagi mereka yang root Android.


3. Membuat backup semua data dan aplikasi pada peranti.


4. Keupayaan untuk install sebarang aplikasi atau game, termasuk yang "disekat" atau Tegra-only games.


5. Keupayaan untuk underclock pemprosesan untuk menjimatkan tenaga. Ini adalah penting bagi ramai orang kerana Android banyak memakan bateri.


6. Keupayaan untuk membuang bloatware daripada syarikat telco yang "lock" Android anda. Ramai yang tahu syarikat telco suka meletakkan benda yang mengarut di dalam telefon mereka, rooting adalah satu cara untuk membuangnya.


Keburukkan Rooting


Antara sebab besar tidak root peranti Android anda adalah:


1. Jika proses rooting gagal anda akan "brick" telefon anda dan ini adalah kekal, menyebabkan ianya tidak boleh digunakan langsung. Asasnya, telefon anda tiada gunanya lagi.


2. Rooting telefon anda biasanya membatalkan waranti pembuat telefon. Bunyi seperti mengarut, sejujurnya, OEM tidak akan cover beberapa perkara, bergantung kepada pembuat. Kebanyakkan perkara telefon anda seperti tidak mempunyai waranti lagi dan ini boleh merugikan anda jika telefon anda rosak, dan perlu membaiki dengan kos sendiri.


3. Kelemahan lain yang lebih terperinci adalah apabila melakukan sesuatu terhadap peranti yang telah di root, seperti CPU telefon pintar anda terpadam disebabkan overclocking, meletihkan SD card dan pixel skrin terpadam.


4. Rooting biasanya menyebabkan ketidakstabilan telefon Android anda.Iniberlaku jika anda memasang modifikasi dan ROMS yang masih dalam percubaan sebelum ditakrifkan. Mengharapkan prestasi terbaik tetapi terdapat banyak bugs.


Jadi adakah rooting betul-betul sesuai dengan anda? Jika anda adalah hacker atau pembangun(developer) dan tidak kisah bug, ianya sesuai untuk anda. Jika tidak, anda patut biarkan dahulu dan pastikan anda betul pasti dengan apa yang anda mahukan. Anda mesti ingat kebanyakkan telefon, setelah anda root, anda tidak boleh patah balik. Ianya amat sukar dalam kebanyakkan kes, untuk reset peranti anda kepada asal(factory condition), amat penting untuk anda pertimbangkan dulu sebelum membuat keputusan.


Bagaimanapun, jika anda seperti saya, sayang dengan peranti anda tetapi gemar untuk melakukan lain daripada yang lain. Pendapat saya, tunggu sehingga waranti anda tamat. Selepas waranti tamat, biasanya selepas setahun membeli, tiada apa yang merugikan.




Continue Reading...