Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

November 7, 2012

Sejarah Android

Android Inc. telah diasaskan di Palo Alto, California pada Oktober 2003 oleh Andy Rubin (pengasas bersama Danger), Rich Miner (pengasas bersama Wildfire Communication Inc.), Nick Sears (bekas TP di T-Mobile), dan Chris White (Ketua pembangunan rekabentuk dan antaramuka di WebTV), dalam kata-kata Rubin “peranti bimbit yang lebih pintar adalah peranti yang mengetahui lokasi dan kegemaran tuannya.”  Walaupun jelas pelaksanaan lepas pengasas dan pekerja awalnya, Android Inc. berjalan secara rahsia, mendedahkan ianya hanya menjalankan pembangunan terhadap perisian untuk telefon bimbit. Pada tahun yang sama, Rubin kehabisan duit. Steve Perlman sahabat rapat Rubin membawa $10,000 tunai di dalam sampul memberikan kepadanya tetapi menolak untuk mempunyai kepentingan di dalam syarikat.

Google mendapatkan Android Inc. pada Ogos 17, 2005, menjadikannya anak syarikat Google sepenuhnya. Pekerja utama Android Inc. termasuk Rubin, Miner dan White kekal di dalam syarikat selepas pengambil alihan. Tidak ramai yang mengenali Android Inc. pada waktu itu, tetapi ramai menganggap Google merancang untuk memasuki bidang telefon bimbit dengan langkah ini. Di Google, pasukan yang diketuai oleh Rubin membangunkan platform telefon bimbit dikuasakan oleh Linux Kernel. Google memasarkan platform tersebut untuk pembuat telefon dan syarikat telco dengan janji menyediakan system yang fleksible dan boleh dinaik taraf. Google mempunyai barisan komponen hardware dan rakan kongsi software dan memberi isyarat kepada syarikat telco yang ianya dibuka untuk pelbagai tahap kerjasama pada pihaknya.

Spekulasi tentang niat Google untuk memasuki pasaran komunikasi terus merebak sehingga Disember 2006. Laporan daripada BBC dan The Wall Street Journal menyatakan Google mahukan carian dan aplikasi pada telefon bimbit dan ianya bekerja keras untuk mendapatkannya. Media cetak dan elektronik kemudiannya melaporkan khabar angin bahawa Google membangunkan telefon jenama Google. Sesetengah membuat spekulasi bahawa Google sedang  mentarifkan spesifikasi teknikal, ia menunjukkan prototaip untuk pembuat telefon bimbit dan operator rangkaian telefon bimbit. Pada September 2007, Information Week memberi liputan satu Evalueserve melaporkan Google telah memfailkan beberapa paten aplikasi dalam bidang telefon bimbit.

Pada 5 November, 2007, Open Handset Alliance, satu gabungan syarikat teknologi termasuk Google, pembuat peranti seperti HTC dan Samsung, pembawa tanpa wayar seperti Sprint Nextel dan T-Mobile dan pembuat chipset seperti Qualcomm dan Texas Instruments, mendedahkan dirinya dengan matlamat untuk membangunkan open standard untuk telefon bimbit. Pada hari tersebut juga, Android didedahkan sebagai produk pertamanya, platform peranti bimbit dibina berdasarkan Linux Kernel versi 2.6. Telefon pertama yang menggunakan Android adalah HTC dream, dikeluarkan pada 22 October, 2008. Pada awal 2010, Google melancarkan siri Google Nexus – barisan peranti yang menggunakan system operasi Android dan dibina dengan rakan kongsi Original Equipment Manufacturer (OEM). Google bergabung dengan HTC untuk mengeluarkan telefon Nexus yang pertama, the Nexus One. Kemudian diikuti pada 2010 dengan Nexus S buatan Samsung dan pada 2011 dengan Galaxy Nexus. Pada 2012, Nexus 7 – tablet pertama Nexus telah dikeluarkan dengan gabungan bersama Asus.

Continue Reading...

Apa itu Android?


Android adalah sistem operasi telefon bimbit berasaskan linux dibangunkan dan diedarkan oleh Google bersama dengan Open Handset Alliance. Pada mulanya Android dibangunkan oleh Android Inc. sebelum ianya dibeli oleh Google pada 2005, dan didedahkan pada 2007, dengan penubuhan Open Handset Alliance, satu konsortium terdiri daripada 86 syarikat hardware, software, dan komunikasi mengambil bahagian untuk memajukan open standard untuk peranti telefon bimbit. Direka terutamanya untuk telefon pintar skrin sentuh dan komputer tablet, telefon pertama dikuasakan dengan Android dijual pada Oktober 2008.






Continue Reading...

Apa Itu Root Android?



Rooting Android adalah satu proses membenarkan pengguna telefon pintar, tablet, dan peranti lain yang beroperasi menggunakan Android untuk memperoleh kawalan istimewa (dikenali sebagai "root access") di dalam subsistem Android. Rooting selalunya dipahamkan untuk mengatasi had-had yang dibuat oleh pembawa telefon selular (Carriers@Syarikat Telco) dan pembuat hardware, memberikan keupayaan untuk mengubah atau mengantikan sistem aplikasi dan seting, menjalankan aplikasi istimewa yang memerlukan kebenaran pada tahap-administrator, atau untuk melakukan operasi lain yang tidak dapat dilakukan oleh pengguna Android biasa. Rooting boleh dikaitkan dengan Jailbreaking peranti yang dioperasikan oleh Apple iOS. Pada Android, rooting juga boleh memudahkan proses membuang dan mengantikan sistem operasi peranti, kebiasaannya dengan operasi sistem yang lebih baru.

Oleh kerana Android asalnya daripada Linux Kernal, rooting peranti Android adalah sama dengan proses untuk mengakses kebenaran admin pada operasi sistem Linux yang lain seperti FreeBSD atau OS X.
Kesimpulannya, rooting ini membolehkan pengguna Android mengakses sistem kepada tahap yang lebih mendalam. Kebiasaannya rooting ini dilakukan untuk pembangunan sistem Android, aplikasi-aplikasi Android, hardware Android dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem dalaman Android. Akses rooting ini tidak digalakkan kerana takut jika pengguna menyalah gunakan kelebihan ini, dan ianya boleh merosakkan sistem dalaman Android.
Continue Reading...

Kebaikkan dan Keburukan Root Android


Jika anda mempunyai peranti Android, mungkin anda pernah mendengar perkataan "rooting" atau "rooted." Jika anda tertanya-tanya adakah sesuai untuk anda lakukan, kami akan berkongsi dengan anda kebaikkan dan keburukan rooting telefon pintar Android anda.

Sebelum kami pergi jauh, apa sebenarnya "rooting"? Sebagaimana post yang sebelum ini, rooting Android merujuk kepada mendapatkan akses untuk penggunaan atau arahan ke tahap "akar"(root).



Jadi, patutkah anda root telefon anda? Pada saya, jawapan untuk soalan itu adalah ya, tetapi sebelum anda membuat keputusan, teliti dulu senarai kebaikkan dan keburukan rooting.

Kebaikkan Rooting


Sebab yang terbaik untuk root telefon Android anda adalah:


1. "Tethering" atau berkongsi internet 4G/3G anda kepada laptop atau tablet menggunakan USB, Hotspot atau Bluetooth.


2. Install tema custom, ROMS dan membuat modifikasi. Ini adalah sebab kebanyakkan orang root telefon mereka. Keupayaan untuk mengubah telefon anda mengikut cita rasa anda sendiri dan menaiktaraf perisian adalah menjadi keperluan bagi mereka yang root Android.


3. Membuat backup semua data dan aplikasi pada peranti.


4. Keupayaan untuk install sebarang aplikasi atau game, termasuk yang "disekat" atau Tegra-only games.


5. Keupayaan untuk underclock pemprosesan untuk menjimatkan tenaga. Ini adalah penting bagi ramai orang kerana Android banyak memakan bateri.


6. Keupayaan untuk membuang bloatware daripada syarikat telco yang "lock" Android anda. Ramai yang tahu syarikat telco suka meletakkan benda yang mengarut di dalam telefon mereka, rooting adalah satu cara untuk membuangnya.


Keburukkan Rooting


Antara sebab besar tidak root peranti Android anda adalah:


1. Jika proses rooting gagal anda akan "brick" telefon anda dan ini adalah kekal, menyebabkan ianya tidak boleh digunakan langsung. Asasnya, telefon anda tiada gunanya lagi.


2. Rooting telefon anda biasanya membatalkan waranti pembuat telefon. Bunyi seperti mengarut, sejujurnya, OEM tidak akan cover beberapa perkara, bergantung kepada pembuat. Kebanyakkan perkara telefon anda seperti tidak mempunyai waranti lagi dan ini boleh merugikan anda jika telefon anda rosak, dan perlu membaiki dengan kos sendiri.


3. Kelemahan lain yang lebih terperinci adalah apabila melakukan sesuatu terhadap peranti yang telah di root, seperti CPU telefon pintar anda terpadam disebabkan overclocking, meletihkan SD card dan pixel skrin terpadam.


4. Rooting biasanya menyebabkan ketidakstabilan telefon Android anda.Iniberlaku jika anda memasang modifikasi dan ROMS yang masih dalam percubaan sebelum ditakrifkan. Mengharapkan prestasi terbaik tetapi terdapat banyak bugs.


Jadi adakah rooting betul-betul sesuai dengan anda? Jika anda adalah hacker atau pembangun(developer) dan tidak kisah bug, ianya sesuai untuk anda. Jika tidak, anda patut biarkan dahulu dan pastikan anda betul pasti dengan apa yang anda mahukan. Anda mesti ingat kebanyakkan telefon, setelah anda root, anda tidak boleh patah balik. Ianya amat sukar dalam kebanyakkan kes, untuk reset peranti anda kepada asal(factory condition), amat penting untuk anda pertimbangkan dulu sebelum membuat keputusan.


Bagaimanapun, jika anda seperti saya, sayang dengan peranti anda tetapi gemar untuk melakukan lain daripada yang lain. Pendapat saya, tunggu sehingga waranti anda tamat. Selepas waranti tamat, biasanya selepas setahun membeli, tiada apa yang merugikan.




Continue Reading...

July 17, 2012

3 cara mudah untuk meningkatkan kuasa minda

Cari di Google “improve brain power” dan anda akan jumpa pelbagai tip, teknik, buku, dan permainan menunjukkan bagaimana anda boleh meningkatkan kuasa minda anda. Kebanyakkannya melibatkan senaman fizikal, nutrisi seimbang dan senaman mental yang kompleks.
Sungguh seronok jika semua orang mengamalkan tip-tip ini, amat meragui jika selepas membaca nasihat seperti ini anda akan mula berjoging selama sejam setiap pagi dan tukar diet anda dengan menggabungkan lebih fiber dan asid lemak omega-3. Beberapa orang tidak buat seperti ini walaupun mereka mempunyai risiko menghadapi sakit jantung!

Adakah cara yang lebih mudah untuk memberi rangsangan kepada fungsi otak? Ada!

1. Tukar posisi tetikus anda.

Ya, ianya semudah begitu.
Dengan menukar posisi tetikus anda (bagi tangan kanan, tukarkan kekiri manakala yang kidal tukar ke bahagian kanan) anda akan paksa menggunakan tangan bukan dominan. Ini akan merangsang hubungan neural antara kanan dan kiri hemisfera dalam otak. Kajian saintifik mengesahkan, manusia yang menggunakan kedua-dua tangan, samarata, mempunyai 10% lebih saraf fiber yang bercantum kedua belah otak,kiri dan kanan.

Anda mungkin ingin lakukan sebanyak aktiviti yang mungkin dengan tangan bukan dominan, tetapi ianya seperti menyusahkan. Saya telah cuba memberus gigi menggunakan tangan kiri untuk tiga hari atau lebih, apa yang saya dapat adalah tartar di gigi menjadi semakin bertambah.

Menggunakan tetikus pada tangan yang sebaliknya adalah sesuatu yang mudah untuk diamalkan dalam seharian. Pada dua hari yang pertama akan terasa pelik, dan anda mungkin perlu tukar semula apabila perlu melakukan kerja yang memerlukan penggunaan tetikus yang kerap. Selepas fasa meng-adaptasi aktiviti ini, anda dapat menggunakan komputer dengan mudah menggunakan kedua belah tangan.

2. Paksa diri anda untuk ingat
Kadang kala anda mahu mengingati nama sesuatu lagu atau nama kawan lama yang terlintas difikiran. Ianya ada, dihujung lidah anda, tetapi anda tidak ingat. Apa yang anda lakukan bila berlaku seperti ini? Mungkin bertanya kawan yang hampir, dan apabila anda ingat anda berkata ‘Oh yela! Itu la dia.’

Lain kali perkara ini berlaku, anda paksa diri anda untuk ingat. Otak boleh dirangsang seperti otot dan lebih banyak anda lakukan, otak anda akan jadi lebih kuat. Ini boleh dipanggil senaman otak.

Jangan hadkan diri anda untuk mengingat. Adakah anda panggil ibu anda untuk mendapatkan nombor telefon pak cik anda? Lupakan kertas dan pen – anda boleh ingat. Cuba lihat keypad telefon, cuba mencipta gambaran apakah urutan nombornya.

3. Main permainan yang melibatkan berfikir
Anda tidak perlu menyertai dalam Olimpik Matematik untuk meregangkan kemampuan minda anda. Tidak, permainan dan aktiviti yang mudah seperti sudoku atau silangkata sudah memadai untuk memberi impak ketara pada prestasi otak anda.

Kebiasaan amat penting disini, cuba untuk menggabungkan permainan ini atau senaman dalam rutin anda. Anda boleh membawa buku silangkata atau telefon pintar yang mempunyai permainan ini setiap hari, sebagai contoh. Secara peribadi, saya gemar main perlawanan chess setiap hari sebelum mula belajar. Ia hanya mengambil sekitar 15 minit, untuk memastikan otak saya mendapat rangsangan setiap pagi.
Continue Reading...

July 16, 2012

19 cara untuk lena dengan cepat

Tidak ramai yang bernasib baik tiada mengalami masalah untuk lena pada waktu malam. Ada yang senang untuk lena apabila melentokkan kepala di atas bantal. Selebihnya daripada kita mengambil masa, memandang ke silling, berpusing, mengira sesuatu atau  menunggu dengan lama untuk lena.

Kekurangan kualiti tidur yang cukup boleh mendatangkan kesan dalam hampir semua aspek dalam kehidupan, segalanya daripada kesihatan, hingga ke mood, keselamatan dan prestasi kerja. Dengan sedikit pengetahuan, perancangan dan kesabaran, kita boleh belajar cara untuk lena dengan cepat.


Disini ada 19 cara untuk tidur lena dengan cepat.

Aktiviti pada siang hari

1. Bersenam pada siang hari – Kita semua tahu senaman dapat meningkatkan kesihatan kita, untuk pengetahuan anda senaman juga dapat membantu anda tidur dengan mengurangkan tekanan. Peringaatan, jangan bersenam dalam 3 jam sebelum waktu tidur, adrenalin semasa anda bersenam akan membuatkan anda berjaga.

2. Mengehadkan minuman yang menganggu – Kita semua tahu yang kafein membuatkan sukar untuk lena, tetapi kita mungkin tidak sedar alcohol juga menganggu, jika minum terlalu banyak sebelum waktu tidur.


3. Elakkan tidur waktu siang – Cuba untuk tidak tidur  pada siang hari kerana tidur pada siang hari akan membuatkan anda sukar untuk tidur pada waktu malam. Jika memerlukan, hadkan tidur pada waktu siang selama 20 minit.



Aktiviti waktu malam

1. Makanan adalah faktornya – Ambil makanan malam yang ringan. Makanan yang berat membuatkan sukar untuk hadam dan ketidakhadaman membuatkan sukar untuk lena. Tetapi jangan tidur dalam keadaan lapar. Kelaparan membuatkan anda berjaga. Makan makanan ringan sekejap sebelum waktu tidur.

2. Tutup TV dan komputer – Rangsangan ini boleh memberikan otak untuk berjaga sedangkan pada waktu tidur otak sepatutnya mula reda daripada sebarang aktiviti dan terbukti ianya boleh mengurangkan kualiti tidur anda.



Persekitaran/suasana bilik tidur.

1. Alihkan peralatan elektronik – Tutup TV dan alihkan komputer dan peralatan elektronik yang lain daripada bilik tidur anda. Benda-benda ini akan membuatkan anda untuk mula membuat aktiviti yang tidak membantu rehat anda dan membuatkan anda berjaga. Bilik tidur adalah untuk tidur, bukan kerja dan melayari internet.

2. Sejuk – Anda akan lena dengan cepat dan tidur dengan baik jika bilik tidur anda sejuk. Suhu bilik rendah suhu badan anda juga akan rendah dan membantu anda lena. Suhu bilik yang ideal untuk tidur adalah 19-20 darjah selsius.


3. Malapkan lampu – Cahaya, walaupun sedikit boleh menganggu hormon tidur dan merangsang otak. Pakai penutup mata jika perlu atau halakan punca cahaya yang anda ke arah lain.


4. Tutupkan punca bunyi – Matikan bunyi yang ada atau gunakan bunyi yang selesa bagi anda untuk menghindarkan anda daripada bunyi yang anda tidak boleh kawal, pilih bunyi yang tenang seperti bunyi lautan. Pakai penutup telinga juga membantu menghindar bunyi yang tidak dikehendaki.


5. Aromaterapi – Aromaterapi memberi keselesaan dan mempunyai kesan menenangkan. Terdapat banyak bau-bauan yang boleh membantu anda untuk rileks dan tidur, vanila, lavender, marojam, sancalwood adalah beberapa contoh. Gunakan pada bantal anda, udara bilik atau dalam bilik air.



Rutin waktu tidur

1. Sama setiap hari – Mulakan rutin waktu tidur pada masa yang sama setiap hari dan kekalkan waktu tidur yang tetap. Ia dapat membantu keadaan badan untuk lena capat dengan mencipta tabiat tidur dan menetapkan irama sirkadian anda.

2. Mandi – Mandi air suam sebelum waktu tidur. Ia dapat membantu anda rileks dan meningkatkan suhu badan, kemudian sejukkan badan pada bawah suhu bilik membantu anda lena dengan cepat.


3. Minuman menenangkan – Teh herba atau segelas susu juga membantu merileks dan meredakan badan.


4. Membaca – Membaca buku yang menghiburkan atau membosankan dapat membantu minda anda menghindarkan daripada perkara yang merunsingkan atau senarai kerja anda. Jauhi daripada membaca buku yang merangsang atau buku yang membuatkan anda berfikir, ianya akan membuatkan minda anda aktif.


5. Rilekskan badan – Lakukan regangan lembut atau seakan-akan yoga. Lakukan aktiviti rileks yang progresif, regangkan setiap otot dalam kiraan sepuluh kemudian lepaskan. Ianya akan rilekskan badan anda dan minimakan sengal otot.


6. Rilekskan minda – Lepaskan fikiran yang sibuk dan merungsingkan. Cuba bayangkan gambaran yang menenangkan seperti awan atau tempat yang tenteram, seperti taman, padang atau pantai, apa-apa yang boleh menenangkan anda. Ianya membantu meredakan minda dan menghilangkan fikiran yang cemas.


7. Kualiti tempat tidur – Dapatkan tilam yang selesa dan menyokong badan anda. Ianya pelaburan yang berbaloi, kerana anda menghabiskan satu per tiga kehidupan anda dengan tidur. Gunakan selimut yang selesa dan lembut beserta ‘comforter’. Tempat tidur yang selesa membantu anda tenangkan badan untuk lena dengan cepat.


8. Pakaian yang selesa -  Pakai pakaian tidur yang longgar, ringan dan sejuk. Kapas adalah terbaik kerana ianya ringan. Tidur tanpa pakaian membuatkan anda lebih selesa. Pakaian yang panas membuatkan tidur anda tidak selesa.


9. Jaga kedudukan tidur anda – Kedudukan tidur penting. Cari kedudukan tidur yang selesa dan menyokong gaya badan semasa tidur. Pastikan setiap bahagian badan anda selesa. Beli bantal berkualiti yang menyokong leher dan menjajar badan anda dengan baik. Kedudukan sisi kebiasaan lebih baik, jika kedudukan belakang berkesan untuk anda tidak mengapa. Baring dalam keadaan yang sama setiap malam, supaya badan anda menjadi biasa untuk lena dalam keadaan yang sama.



Kata-kata akhir

Lena dengan cepat memerlukan sedikit persediaan, mengikut rutin biasa dan mengambil perhatian untuk tidur selesa. Walaubagaimanapun, perincian tidur ini ada beza antara lena dengan cepat dan mendapatkan tidur malam yang tenang atau memandang siling bilik.

Continue Reading...

April 22, 2012

Top 10 Gaji Pemain Bola Termahal Dunia 2012

1. David Beckham, Los Angeles Galaxy ($46 Juta)


Selepas memenangi MLS Cup yang pertama beliau pada November 2011, Bechkam menandatangani semula untuk dua tahun lagi bersama pasukan L. A., menolak perjanjian yang lebih menguntungkan bersama kelab Perancis, Paris-St. Germain. Tetapi beliau menyimpan kejutan yang lebih besar untuk iklan Super Bowl dimana beliau menanggalkan seluar boxer untuk produk terbaru H&M Underwear. Dengan badannya dan perjanjian baru bersama penaja sepanjang hidup Adidas, Samsung, Coty dan yang terbaru Burger King, bukan sahaja menjadikan beliau pemain bola berpendapatan paling tinggi, tetapi salah seorang atlet yang mendapat pendapatan tertinggi.

2. Cristiano Ronaldo, Real Madrid ($42 Juta)
Dengan lebih 8.4 juta pengikut di Twitter dan 42.2 juta peminat di Facebook, Ronaldo adalah atlet paling aktif bersosial online. Populariti beliau telah menguntungkan beliau sebanyak $21 juta menerusi penaja seperti Nike, Castrol dan Konami’s Pro Evolution Soccer, semuanya beliau promosikan menerusi laman sosial beliau. Prestasi yang menakjubkan di dalam padang memberikan beliau gaji dan bonus, termasuk 50-50  shares dalam hak milik gambar beliau yang bernilai $21 juta. Penyerang Real Madrid ini menjaringkan 40 gol dalam La Liga pada musim lepas dan pada Mac tahun ini beliau menjadi pemain terpantas menjaringkan 100 gol dalam La Liga.

3. Lionel Messi, Barcelona ($39 Juta)


Pemain terbaik dunia yang bertahta selama tiga tahun berturut-turut banyak membuat rekod terbaru pada tahun ini. Dalam bulan Mac beliau menjadi pemain pertama menjaringkan lima gola dalam Liga Juara-juara dan diikuti memecahkan rekod sepanjang masa Barca pada dua minggu selepas itu. Dengan disusuli pada masa lepas, pengesahan berpotensi beliau akhirnya mencerminkan pemainan beliau didalam padang. Penaja besar beliau Adidas, Pepsi, EA Sports adalah portfolio yang besar membayar beliau $19 juta selain daripada $20 juta gaji dan bonus.


4. Wayne Rooney, Manchester United ($24 Juta)


Walaupun mendapat kontroversi di padang (Di gantung 2 perlawanan daripada 2012 European Championshio selepas menyepak pemain Montenegro semasa kelayakan pada Oktober 2011), lari bidang ( ada 2010 pelacur-pelacur mengatakan beliau menaungi mereka semasa isterinya sedang mengandung, dan online (April lepas beliau mengugut satu pasukan lawan di Twitter), Populariti Rooney tetap tidak berkurangan. Bukti: beliau menjadi pemain yang jerseynya paling laris di Premier League musim lalu. Ketika Coca-cola membiarkan kontrak beliau luput tahun lalu, penaja beliau seperti Nike dan EA Sports tetap promosikan beliau. Kontrak 5 tahun bermain terbaru telah ditandatangani pada Oktober 2010 juga memberikan beliau gaji dan bonus yang tertinggi dalam kesukanan.

5. Kaka, Real Madrid ($21 Juta)

Ketika berita terbaru beliau berhenti daripada squad awal olimpik Brazil mengemukakan yang kegemilangan beliau telah lepas, Kaka (Nama timangan beliau yang dilahirkan bernama Ricardo Izecson dos Santos Leite) telah mempamerkan satu kepulangan ke bentuk world-class dimana beliau terkenal sebelum pembedahan lutut pada Ogos 2010. Dalam 20 persembahan beliau sejak mula 2012, beliau telah menjaringkan 4 gol dan 8  assists, membuktikan beliau masih seorang perancang yang harus dikenali. Imej beliau yang tidak pernah tercalar membuatkan penaja seperti Adidas dan juga EA kekal minat dengan beliau.

6. John Terry, Chelsea ($18 Juta)

Adalah satu perkara yang bagus bintang pentahanan The Blues dapat bergantung pada kontrak yang akan membayar beliau $12 juta setahun sepanjang musim 2013-2014. Wang pengesahan beliau mungkin akan habis. Untuk kali kedua dalam dua tahun, Terry dilucutkan sebagai kapten pasukan kebangsaan Inggeris kerana ketidak bijaksanaan. Penaja utama beliau, Umbro telah membuang beliau daripada laman web mereka tanpa memberitahu apa-apa.



6. Yaya Toure, Manchester City ($18 Juta)

Midfielder ini telah menyerai City pada Julai 2010 untuk bersama-sama dengan abangnya, Kolo, yang kini berusia 31 tahun menjadi benteng pertahanan City. Kontrak 5 tahun akan membayar beliau lebih $15 juta setahun, menjadikan beliau salah seorang yang mendapat bayaran tertinggi dalam EPL. Musim lepas beliau mendapat 13 gol dan 7 assisti dalam semua perlawanan membantu beliau mendapat anugerah African Player of the Year 2011. Beliau juga telah menandatangani satu perjanjian pengesahan bersama Puma termasuk mengedarkan jenama kepada anak-anak Afrika yang tidak bernasib baik.

8. Fernando Torres, Chelsea ($17 Juta)

Selepas menandatangani perjanjian 5 tahun dengan Liverpool pada Ogos 2010, penyerang Sepanyol kemudiannya meninggalkan The Reds pada Januari 2011 untuk menyertai The Blues dibawah 5 tahun kontrak yang bernilai $10 Juta setahun, hampir 30% kenaikkan gaji. Beliau masih belum memberikan hasil yang baik untuk Chelsea, hanya baru-baru ini dalam bulan Mac beliau menamatkan 6 bulan kemarau jaringan. Walaubagaimanapun beliau masih tersenarai dalam A-list, berlakon bersama dengan Messi dalam satu iklan Pepsi dan Nike adalah salah satu penaja beliau.


9. Frank Lampard, Chelsea ($16 Juta)

Wujud spekulasi yang Lampard akan menyertai Los Angeles Galaxy apabila kontrak beliau tamat dalam tahun 2013 dan beliau berumur 35 tahun. Beckham telah memarakkan lagi, menyatakan terdapat peluang yang kumpulan beliau dapat meyakinkan Lampard untuk menyertai L. A. Galaxy. Secara kebetulan, perjanjian 2 tahun Beckham dengan kelab akan tamat pada 2013 memberi ruang untuk Pemain MLS menonjol.

9. Steven Gerrard, Liverpool ($16 Juta)


Pada Januari lepas, Gerrard telah menandatangani satu kontrak sambungan menguatkan lagi legasi kapten sebagai Red for life. Kelab Liverpool juga telah menawarkan beliau menjadi duta apabila beliau memutuskan untuk menggantung boot satu hari nanti. Selain mendapat tajaan Adidas, beliau juga telah menjana pendapatan dengan berlakon dalam satu Filem British bertajuk “Will” yang telah ditayangkan pada November lepas dan juga memiliki kepentingan pemilikan dalam restoran Liverpool.


10. Samuel Eto'o, Anzhi Makhachkala ($15.7 Juta)


Mendapat satu musim terbaik peribadi di Inter Milan dimana beliau mendapat 37 gol dan 15 assists dalam 53 kemunculan, pemain yang mendapat rekod empat kali African Player of the Year menyertai Liga Perdana Russia bersama Anzhi Makhachkala yang dimiliki bilionaire  Suleyman Kerimov. Penyerang Cameroon ini menandatangani perjanjian pada Ogos 2011 adalah antara kontrak kelab yang termahal. Selama tiga tahun Eto’o akan mendapat $41.5 Juta.

hack out life @ gua-lu, http://www.gua-lu.blogspot.com, membawa berita, cerita, dan kehidupan dihadapan mata anda gua, gua-lu, hack out life, berkongsi cerita dan berita, bring stories and news infront of you, share stories and news to you, hal-hal duniawi
Continue Reading...

April 13, 2012

Telur Boleh Atasi Migrain

Tips untuk pesakit migrain, kini anda boleh mengatasi sakit pada bahagian kepala dengan mengambil makanan yang kaya dengan sumber omega-3.

Pakar pemakanan terkenal Joy Bauer dalam satu kajiannya menulis diet omega-3 dapat membantu merawat dan mengatasi masalah serangan migrain.

Antara makanan yang disyorkan ialah telur, susu, ikan Salmon dan bayam.

Makanan ini dikatakan mengandungi nutrisi zat serta mineral yang boleh meredakan radang penyebab migrain.


HACK out LIFE
Continue Reading...

January 4, 2012

Lakukan 4 Perkara Sebelum Tidur

Kebiasaan orang pada zaman kini, terutamanya remaja, mendengar lagu atau alunan muzik sebelum tidur, alasannya adalah untuk melenakan mata. Tetapi pernahkah anda terfikir ada cara lain lagi cara yang lebih menguntungkan dan mendapat keberkatan Allah s.w.t?

Dulu hamba sendiri dengar lagu-lagu sebelum tidur, kadang-kadang tu sampai tak tertutup lagu tu. Satu hari ibuku menegur, 'kalau ah mati dalam tidur mcm mana?? bknnya kalimah ALLAH yg didengar, tapi alunan muzik!!!

Jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan bg rakan2 dan diriku juga.
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,
Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrohiim, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah walaupun sedikit) bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Post ini adalah perkongsian seorang hamba Allah.
Continue Reading...