January 4, 2012

Lakukan 4 Perkara Sebelum Tidur

Kebiasaan orang pada zaman kini, terutamanya remaja, mendengar lagu atau alunan muzik sebelum tidur, alasannya adalah untuk melenakan mata. Tetapi pernahkah anda terfikir ada cara lain lagi cara yang lebih menguntungkan dan mendapat keberkatan Allah s.w.t?

Dulu hamba sendiri dengar lagu-lagu sebelum tidur, kadang-kadang tu sampai tak tertutup lagu tu. Satu hari ibuku menegur, 'kalau ah mati dalam tidur mcm mana?? bknnya kalimah ALLAH yg didengar, tapi alunan muzik!!!

Jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan bg rakan2 dan diriku juga.
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,
Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrohiim, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah walaupun sedikit) bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Post ini adalah perkongsian seorang hamba Allah.

No comments :

Post a Comment