January 20, 2014

Buat Duit Dengan Blogging Sangat Menguntungkan!

buat duit dengan blogging

Assalammualaikum, pasti ramai sudah tahu ataupun masih lagi tercari-cari cara untuk membuat duit hanya dengan blogging atau mempunyai laman web sendiri. Banyak cara yang ada untuk membuat duit dengan blogging ini, antaranya adalah program affiliate dan pengiklanan di dalam blog anda. Apa yang saya hendak kongsikan dengan anda dalam post bertajuk Buat Duit Dengan Blogging Sangat Menguntungkan ini adalah dengan cara yang paling effektif iaitu pengiklanan. Anda boleh lihat dalam kebanyakkan blog ada meletakkan iklan, ini adalah untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada blog anda.

Tidaklah susah untuk membuat duit dengan cara ini, yang penting sekali anda mesti ada keazaman dan semangat yang tinggi untuk membina satu blog yang berkualiti. Apa yang dimaksudkan dengan berkualiti? Blog anda mestilah mempunyai artikel-artikel ataupun sesuatu yang boleh menarik orang ramai untuk berkunjung ke blog anda. Contohnya blog anda adalah mengenai insurans, pasti orang ramai yang ingin tahu pasal insurans akan berkunjung ke blog atau laman web anda itu. Jika blog anda mengenai apa yang anda makan hari ini, ianya bukanlah satu blog yang akan menarik ramai orang, melainkan anda seorang selebriti atau orang yang terkenal.

Kenapa mesti ada semangat yang tinggi? Ini adalah sebab sesuatu blog itu haruslah mempunyai pengisian yang baru dalam satu-satu masa. Jika blog anda hanya mempunyai sedikit pengisian (post) pastilah jumlah pengunjung anda pun sedikit, dengan blog yang sentiasa dikemas kini dengan pengisian yang baru maka jumlah pengunjung juga akan ramai dan akan sentiasa bertambah. Dengan cara bagaimana sekalipun anda lakukan untuk buat duit di dalam blog anda, kesemua cara itu pasti memerlukan pengunjung untuk memperoleh pendapatan. Semakin ramai pengujung tentunya semakin tinggi pendapatan anda.

Saya mengatakan buat duit dengan blogging ini sangat menguntungkan kerana untuk membina satu blog atau laman web tidak semestinya memerlukan modal, jika perlu sekalipun tidaklah sebesar memulakan perniagaan. Seperti saya, saya tidak mengeluarkan sebarang modal berbentuk duit untuk memulakan blog saya ini, saya hanya perlu mengarang sebanyak mungkin artikel yang boleh menarik orang ramai. Hanya bermodalkan idea yang kretif anda juga dapat membuat duit dengan blogging.

Disini saya ingin menunjukkan peningkatan pendapatan yang salah perolehi dengan blogging:

adsense earning Nilai adalah dalam matawang USD.

Hanya dalam masa 8 bulan pendapatan saya meningkat sebanyak 97%. Apa yang saya buat hanyalah sentiasa kemas kini dengan pelbagai pengisian yang dapat meningkatkan jumlah pengunjung ke dalam blog saya (DroidGaGu).

google adsense

Saya hanya menggunakan cara pengiklanan dengan Google Adsense, ada banyak lagi pengiklan yang ada tetapi bagi saya yang paling menguntungkan adalah dengan Google Adsense. Anda juga boleh mencuba untuk memasang iklan-iklan Google Adsense di blog anda, jika anda sukar untuk mendaftar, anda boleh rujuk bagaimana cara mudah untuk mendaftar Google Adsense (click). Post ini adalah sekadar ingin berkongsi yang pada saya mungkin dapat memberikan anda sedikit idea untuk buat duit dengan mudah.

Continue Reading...

May 21, 2013

Jemputan Untuk Mohon Google Adsense di Youtube

Post ini adalah rentetat daripada post Cara mudah daftar Google Adsense untuk Blogger, oleh kerana ramai yang tidak tahu bagaimana bentuk email jemputan yang diberikan oleh Youtube untuk monetize video kali ini saya tunjukkan contohnya.

Email jemputan daripada Youtube berbentuk begini:

invitation to monetize on youtube

Continue Reading...

April 24, 2013

Rupa Facebook Daripada Tahun 2004 Hingga 2011

Rupa laman sosial Facebook daripada tahun 2004 hingga 2011 beserta jumlah penggunanya.








(Credit photo to: mashable.com)


Continue Reading...

April 15, 2013

Cara mudah daftar Google Adsense untuk Blogger

Ramai yang tahu Google Adsense ini adalah pengiklan dalam yang terbesar di dalam dunia internet. Google Adsense menawarkan program pengiklan (advertiser) dan juga penerbit iklan (publisher), disini saya hanya mahu berkongsikan tentang cara mudah daftar Google Adsense untuk Blogger.

Ramai blogger, terutamanya blogger dari Malaysia sukar untuk mendaftar menjadi publisher dalam Google Adsense ini terutamanya disebabkan masalah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, dan juga penunjungnya hanya terdiri daripada rakyat Malaysia sahaja.

Saya mahu berkongsikan cara mudah daftar Google Adsense untuk Blogger ini kerana saya berjaya menggunakan cara ini untuk menjadi publisher Google Adsense. Tetapi cara ini memakan masa yang bergantung pada Google sendiri.

Cara yang saya gunakan adalah:

1) Buka akaun youtube
2) Upload video dalam youtube
3) Promosikan video anda sekurangnya hingga mendapat 1000 views (jumlah sebenar tidak diketahui)

Setelah video anda mendapat jumlah view yang tertentu anda akan mendapat jemputan untuk menyertai Google Adsense, pihak Google akan menghantar jemputan ke e-mail youtube anda. Selepas itu anda hanya perlu mengisi pendaftaran tersebut untuk menjadi publisher Google Adsense.

Lihat contoh email jemputan daripada Youtube di sini - http://gua-lu.blogspot.com/2013/05/jemputan-untuk-mohon-google-adsense-di.html

Harap cara mudah daftar Google Adsense untuk Blogger ini dapat membantu.
Selamat menjana pendapatan melalui Google Adsense :)

Continue Reading...

December 14, 2012

Tenangkah Arwah - Meninggal Dunia Tetapi Facebook Masih Wujud

Gambar Hiasan


Tenangkah Arwah??

Wajahnya pucat mencuka, badannya menggeletar seakan-akan mahu menyatakan sesuatu perkara, rupanyanya yang cantik sebelum ini telah berubah menjadi buruk gara-gara kemalangan yang dialaminya. Kemalangan yang meletakkannya berada di ambang sakaratul maut. Waktu terus berlalu dan pada akhirnya, dia pergi meninggalkan dunia.


Ahli keluarga, teman-teman kenalan, orang kampung sudah memenuhi rumah keluarga Nur yang merupakan antara gadis cantik dan dikenali ramai di kampung Jawang itu. Teman lelakinya dari tadi seolah-olah hilang kewarasan diri, tangannya berbalut akibat patah, kesan darah di dahinya masih segar, air matanya deras mengalir, ingatannya terus memutarkan peristiwa kemalangan yang mengakibatkan teman wanita kesayangannya meninggal. Kereta kancil miliknya bertembung dengan sebuah lori.

Di suatu tempat yang lain iaitu di alam maya, teman-teman yang pernah berkenalan dengan gadis bernama Nur ini juga mengetahui berita kemalangan dan kematian arwah. Ada yang sangat terkejut dengan berita tersebut. Semuanya melalui FACEBOOK." Ceritaku Cerita Mu jua"

“Salam kawan-kawan, tahu tak, kawan kita yang couple dengan Zaid tu dah meninggal dunia pagi tadi”

post dari salah seorang kawan arwah diikuti dengan komen pandangan dan kritikan positif dan negatif.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Nur, moga tabah menghadapi apa yang berlaku. Aku pasti merinduimu (Nur Kushairah )”

Nama Nur Kushairah dibirukan lantas post sahabatnya ini dipaparkan di dinding FB arwah.

Akaun Facebook arwah menjadi tumpuan pada hari itu, ramai teman-teman kenalan lamanya mahupun kenalan FB mengucapkan takziah dan sebagainya. Gambar-gambar arwah dengan pelbagai aksi manja, cute dan sebagainya menjadi tatapan buat teman-temannya. Hampir 2000 lebih gambar arwah dimuatkan di akaun FBnya sendiri. Gambar ketika bersama teman-teman, bersendirian dan terutamanya bersama teman lelakinya.
Status demi status yang dipostkan oleh arwah juga dilihat kembali, status-status yang tidak lari pada kisah dirinya sendiri.

"OTW ke Mid valley bersama cintaku Zaid dengan kereta Kancil cutenya :)"
"hai FBians, sy sihat hari ni, korang camne he3"
"laparnya..."
"saya rindukan awak..rindu sangat-sangat"
"ada orang ingat dekat saya tak hari ini"
"arghhhhh,,,ada jerawat tumbuh di pipi..Dusshh..Grrrrrrr.."
"jom gi wayang tengok KL Ganster nak ??"
"tengah makan di StarBuck bersama yang dicintai"
"jangan lupa komen gambar-gambar baru saya tau FBians yang dicintai"

Dan pelbagai lagi jenis status-status arwah yang dibaca semula oleh teman-temannya.
Ada juga beberapa kenalannya yang memohon agar FB arwah dinyahaktifkan kerana ada sebahagian besar gambar arwah tidak menutup aurat malah mampu mengundang nafsu amarah kepada si pelihatnya. Komentar daripada pelihatnya ada juga yang berbaur lucah dan sebagainya. Tetapi permintaan kenalannya tersebut tidak dapat ditunaikan gara-gara password dan username arwah hanya diketahui oleh arwah sendiri, malah ibubapanya sendiri tidak mengetahui akan kewujudan FB anaknya di alam maya.

Post demi post diletakkan di wall arwah, komentar demi komentar diberikan, sejarah lama arwah juga diperbahaskan. Gambar demi gambar dipertikaikan. Si teman lelaki arwah sudah tidak mampu membalas kritikan dan komentar daripada teman-teman FB arwah. Gambar-gambar arwah terus diperbahaskan tanpa sempadan. Walaupun ramai yang bersimpati tidak kurang juga yang memerli dan mencaci.

Tahun demi tahun berlalu, acap kali ulang tahun hari jadi arwah, FBnya dijadikan tempat untuk dipahatkan ucapan selamat.

“Moga arwah tenang di sana”
“saya akan sentiasa mengingati awak”
“saya rindukan awak, selamat hari lahir Nur”

Teman-teman rapatnya akan melepaskan rasa rindu di dada FB arwah.

“Hai gadis cantik, selamat hari lahir”
“ehem-selamat hari lahir, saya baru tengok gambar-gambar awak, cantik sangat, boleh berkenalan”

tidak kurang juga yang baru mengenali arwah dan tidak mengetahui akan berita kematiannya.

“kepada rakan-rakan FB yang tidak mengetahui akan berita kematian arwah, Sesungguhnya arwah telah lama meninggalkan kita, harap kita membincangkan soal kebaikan arwah sahaja”

Seorang teman baik arwah mengingatkan teman-teman FB yang merupakan kenalan baru FB arwah.
Antara komen yang dibalas.......

“dah meninggal ke..ushh, silap target orang pula..maaf-maaf..Terlepas aku..hu3..Takziah”

Komentar demi komentar, post demi post tanpa tapisan diberikan. Setiap tahun kelahiran dan kematian arwah. Setiap gambar-gambar arwah terus kekal berada di dalam akaun FB. Ada juga pihak yang mengambil gambar arwah dan dimuatkan di page-page seperti “Gadis-gadis Kiut” “Senyuman menawan” “ Gadis tudung Melayu” “wanita idaman lelaki” dan sebagainya. Gambar-gambar yang diambil sudah pasti tanpa izin si empunya diri. Almaklumlah, FB ini kan hak peribadi bersama. Sesiapa sahaja mampu mengaksesnya.

Kesannya terus mengalir kepada si arwah. Bagaimanakah keadaan arwah Nur Khusyairah di alam sana. Adakah arwah aman dan tenteram disaat FBnya yang dipenuhi gambar yang tidak membuatkan si pelihatnya tenang???? Tenangkah arwah?? Apakah tindakan yang mampu diambil oleh teman lelakinya, adakah teman lelakinya itu akan membiarkannya?? Bagaimana pula ahli keluarganya yang tidak tahu menahu soal FBnya.?? Fikir-fikirkanlah..

Tidak salah mempunyai FB tapi fikirkanlah apa kesannya. Tak salah memuatkan gambar tapi fikirkan tujuannya, Mari kita Fikirkan saat kita tidak mampu mengetahui apa yang berlaku di FB kita.

Apakah yang bakal terjadi pada FB kita. Tenangkah kita nanti??

Kisah ini adalah bayangan fikiranku semata-mata setelah menonton video di link inihttp://www.facebook.com/video/video.php?v=1442784326157&comments , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Maaf jika kita terasa...

"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memutuskan segala kelazatan - iaitu mati" (Riwayat Tirmizi)

Oleh : Meor Farid Asyradi

-GAMBAR SEKADAR HIASAN-


Continue Reading...