Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

April 24, 2013

Rupa Facebook Daripada Tahun 2004 Hingga 2011

Rupa laman sosial Facebook daripada tahun 2004 hingga 2011 beserta jumlah penggunanya.








(Credit photo to: mashable.com)


Continue Reading...

December 14, 2012

Tenangkah Arwah - Meninggal Dunia Tetapi Facebook Masih Wujud

Gambar Hiasan


Tenangkah Arwah??

Wajahnya pucat mencuka, badannya menggeletar seakan-akan mahu menyatakan sesuatu perkara, rupanyanya yang cantik sebelum ini telah berubah menjadi buruk gara-gara kemalangan yang dialaminya. Kemalangan yang meletakkannya berada di ambang sakaratul maut. Waktu terus berlalu dan pada akhirnya, dia pergi meninggalkan dunia.


Ahli keluarga, teman-teman kenalan, orang kampung sudah memenuhi rumah keluarga Nur yang merupakan antara gadis cantik dan dikenali ramai di kampung Jawang itu. Teman lelakinya dari tadi seolah-olah hilang kewarasan diri, tangannya berbalut akibat patah, kesan darah di dahinya masih segar, air matanya deras mengalir, ingatannya terus memutarkan peristiwa kemalangan yang mengakibatkan teman wanita kesayangannya meninggal. Kereta kancil miliknya bertembung dengan sebuah lori.

Di suatu tempat yang lain iaitu di alam maya, teman-teman yang pernah berkenalan dengan gadis bernama Nur ini juga mengetahui berita kemalangan dan kematian arwah. Ada yang sangat terkejut dengan berita tersebut. Semuanya melalui FACEBOOK." Ceritaku Cerita Mu jua"

“Salam kawan-kawan, tahu tak, kawan kita yang couple dengan Zaid tu dah meninggal dunia pagi tadi”

post dari salah seorang kawan arwah diikuti dengan komen pandangan dan kritikan positif dan negatif.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Nur, moga tabah menghadapi apa yang berlaku. Aku pasti merinduimu (Nur Kushairah )”

Nama Nur Kushairah dibirukan lantas post sahabatnya ini dipaparkan di dinding FB arwah.

Akaun Facebook arwah menjadi tumpuan pada hari itu, ramai teman-teman kenalan lamanya mahupun kenalan FB mengucapkan takziah dan sebagainya. Gambar-gambar arwah dengan pelbagai aksi manja, cute dan sebagainya menjadi tatapan buat teman-temannya. Hampir 2000 lebih gambar arwah dimuatkan di akaun FBnya sendiri. Gambar ketika bersama teman-teman, bersendirian dan terutamanya bersama teman lelakinya.
Status demi status yang dipostkan oleh arwah juga dilihat kembali, status-status yang tidak lari pada kisah dirinya sendiri.

"OTW ke Mid valley bersama cintaku Zaid dengan kereta Kancil cutenya :)"
"hai FBians, sy sihat hari ni, korang camne he3"
"laparnya..."
"saya rindukan awak..rindu sangat-sangat"
"ada orang ingat dekat saya tak hari ini"
"arghhhhh,,,ada jerawat tumbuh di pipi..Dusshh..Grrrrrrr.."
"jom gi wayang tengok KL Ganster nak ??"
"tengah makan di StarBuck bersama yang dicintai"
"jangan lupa komen gambar-gambar baru saya tau FBians yang dicintai"

Dan pelbagai lagi jenis status-status arwah yang dibaca semula oleh teman-temannya.
Ada juga beberapa kenalannya yang memohon agar FB arwah dinyahaktifkan kerana ada sebahagian besar gambar arwah tidak menutup aurat malah mampu mengundang nafsu amarah kepada si pelihatnya. Komentar daripada pelihatnya ada juga yang berbaur lucah dan sebagainya. Tetapi permintaan kenalannya tersebut tidak dapat ditunaikan gara-gara password dan username arwah hanya diketahui oleh arwah sendiri, malah ibubapanya sendiri tidak mengetahui akan kewujudan FB anaknya di alam maya.

Post demi post diletakkan di wall arwah, komentar demi komentar diberikan, sejarah lama arwah juga diperbahaskan. Gambar demi gambar dipertikaikan. Si teman lelaki arwah sudah tidak mampu membalas kritikan dan komentar daripada teman-teman FB arwah. Gambar-gambar arwah terus diperbahaskan tanpa sempadan. Walaupun ramai yang bersimpati tidak kurang juga yang memerli dan mencaci.

Tahun demi tahun berlalu, acap kali ulang tahun hari jadi arwah, FBnya dijadikan tempat untuk dipahatkan ucapan selamat.

“Moga arwah tenang di sana”
“saya akan sentiasa mengingati awak”
“saya rindukan awak, selamat hari lahir Nur”

Teman-teman rapatnya akan melepaskan rasa rindu di dada FB arwah.

“Hai gadis cantik, selamat hari lahir”
“ehem-selamat hari lahir, saya baru tengok gambar-gambar awak, cantik sangat, boleh berkenalan”

tidak kurang juga yang baru mengenali arwah dan tidak mengetahui akan berita kematiannya.

“kepada rakan-rakan FB yang tidak mengetahui akan berita kematian arwah, Sesungguhnya arwah telah lama meninggalkan kita, harap kita membincangkan soal kebaikan arwah sahaja”

Seorang teman baik arwah mengingatkan teman-teman FB yang merupakan kenalan baru FB arwah.
Antara komen yang dibalas.......

“dah meninggal ke..ushh, silap target orang pula..maaf-maaf..Terlepas aku..hu3..Takziah”

Komentar demi komentar, post demi post tanpa tapisan diberikan. Setiap tahun kelahiran dan kematian arwah. Setiap gambar-gambar arwah terus kekal berada di dalam akaun FB. Ada juga pihak yang mengambil gambar arwah dan dimuatkan di page-page seperti “Gadis-gadis Kiut” “Senyuman menawan” “ Gadis tudung Melayu” “wanita idaman lelaki” dan sebagainya. Gambar-gambar yang diambil sudah pasti tanpa izin si empunya diri. Almaklumlah, FB ini kan hak peribadi bersama. Sesiapa sahaja mampu mengaksesnya.

Kesannya terus mengalir kepada si arwah. Bagaimanakah keadaan arwah Nur Khusyairah di alam sana. Adakah arwah aman dan tenteram disaat FBnya yang dipenuhi gambar yang tidak membuatkan si pelihatnya tenang???? Tenangkah arwah?? Apakah tindakan yang mampu diambil oleh teman lelakinya, adakah teman lelakinya itu akan membiarkannya?? Bagaimana pula ahli keluarganya yang tidak tahu menahu soal FBnya.?? Fikir-fikirkanlah..

Tidak salah mempunyai FB tapi fikirkanlah apa kesannya. Tak salah memuatkan gambar tapi fikirkan tujuannya, Mari kita Fikirkan saat kita tidak mampu mengetahui apa yang berlaku di FB kita.

Apakah yang bakal terjadi pada FB kita. Tenangkah kita nanti??

Kisah ini adalah bayangan fikiranku semata-mata setelah menonton video di link inihttp://www.facebook.com/video/video.php?v=1442784326157&comments , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Maaf jika kita terasa...

"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memutuskan segala kelazatan - iaitu mati" (Riwayat Tirmizi)

Oleh : Meor Farid Asyradi

-GAMBAR SEKADAR HIASAN-


Continue Reading...

November 10, 2012

Kenapa Islam Dipersenda.


Saya pasti memang kebanyakkan umat Islam, tidak kira di dunia ataupun di Malaysia ini marah jika agama kita sendiri, agama Islam, dipersenda dan dipermainkan. Apabila ada pihak yang cuba mempersendakan Islam, ada yang tampil memberikan bantahan, mengutuk dan sebagainya terhadap pihak yang mempersendakan Islam.

Tapi pernahkah kita merenung sedalam-dalamnya kenapa Islam dipersenda. Apakah sebab-sebabnya agama kita yang tercinta ini dijadikan bahan jenaka dan sebagainya. 

Kita membuat demostrasi membantah dan mengutuk tindakan pihak yang biadap ini. Tapi pernahkan kita mengutuk perbuatan kita sendiri. Sejauh manakah kita mencintai Islam, Baginda Rasulullah SAW dan Allah SWT.

Dalam sedar tak sedar sebenarnya diri kita sendiri yang menyebabkan ramai pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan agama kita sendri. Tengok la pada zaman sekarang ini, tak perlu tengok jauh, tengok dalam negara kita, Malaysia ini sendiri, dengan mudah kita menerima pengaruh barat dan budaya mereka. Dalam cara berpakaian, cara pergaulan, cara pemakanan, cara berpolitik dan sebagainya.

Tengok cara pemakaian orang Islam di Malaysia, tengok muka memang orang melayu yang Islam. Tetapi cara pemakaian macam orang barat dan tentulah telah melanggar peraturan agama Islam sendiri. Orang barat kalau tengok cara berpakaian serupa dengan mereka, mereka pun anggap kita ni serupa dengan mereka. Macam tiada beza agama mereka dengan agama Islam dan mereka juga tahu yang kita ini telah melanggar peraturan agama kita. Jadi dengan sebab ini jugalah mereka terus merosakkan kita menggunakan pelbagai cara, yang halus mahupun kasar, untuk kita terus melanggar peraturan dan hukum Allah.

Begitu juga dengan cara-cara yang lain, mereka akan sentiasa mengambil ruang yang ada walaupun ruang itu sebesar lubang cacing untuk terus melemahkan umat-umat Islam. Pada masa kini, bukan sahaja orang-orang barat dan yahudi sahaja cuba meruntuhkan kita. Dalam Malaysia ini sendiri ada pihak yang cuba untuk melakukan perkara yang sama.

Tengok la dalam politik Malaysia ini, sehinggakan ada orang bukan Islam yang mempertikaikan hukum Allah. Kerana apa? Kerana umat Islam kita sendiri yang menolak hukum tersebut. Kerana umat Islam di Malaysia sendiri dengan terang melanggar hukum-hukum Allah. Minum arak, berzina, berjudi, dan sebagainya.

Jika hukum hudud dijalankan di Malaysia, mereka takut mereka akan dihukum dan tidak boleh melakukan perkara-perkara maksiat lagi. Sebab inilah ada pihak luar, yang bukan Islam, mengambil kesempatan mempermain isu hudud ini untuk kepentingan politik dan diri sendiri. Bagaimana hukum Allah ini tidak dipersenda kalau umat Islam sendiri yang menolaknya. Menolak hukum Allah, adalah seumpama mempersendakan hukum itu sendiri.

Dengan sikap kita yang jauh meninggalkan agama inilah sebenarnya punca agama Islam ini dipersenda dan dipermainkan. Jika kita benar-benar mencintai Islam, tidak sanggup jika Islam dipersenda, lakukan perubahan dalam diri kita dahulu. Dekati ilmu-ilmu agama, patuh suruhan Allah dan Rasul, solat 5 waktu dengan kusyuk. InsyaAllah kita boleh menjadi umat Islam yang kuat.

Kalau nak cerita bagaimana cara pihak luar merosakkan umat Islam ini, terlalu panjang ceritanya. Tapi dengan akal yang dianugerahkan Allah kepada kita ini, kita cubalah bezakan sesuatu perkara itu, baik buruknya dalam Islam.

Jika kita telah menjadi umat Islam yang kuat, pihak-pihak yang lain akan takut dengan kita dan tidak berani untuk mempersendakan agama Islam tercinta ini. Boleh diumpamakan orang yang lemah takutkan orang yang kuat. Jadilah umat Islam yang kuat, jadilah umat Islam yang digeruni, dengan kuatkan Islam dalam diri.
Continue Reading...

July 13, 2012

Tahukan anda 7 helah minda mainkan anda?


Adakah anda mahu menukar kehidupan anda dan menjadi lebih bahagia? Mungkin kebahagiaan bermakna membuka kunci potensi anda yang lebih baik, mempertingkatkan kualiti hidup, atau menyedari impian-impian anda.

Pada ketika ini anda mungkin telah menyerap pelbagai buku pembinaan peribadi, video-video, atau blog. Kadang-kadang anda mencari sesuatu yang bergema tetapi keghairahan sentiasa pudar. Yang terlalu kerap, anda akan rasa anda berada semula ditempat mana anda mula.

Hilang.

Pernahkah anda merasakan yang minda anda sendiri mensabotaj laluan anda untuk mencapai kebahagiaan? Minda anda mungkin bukan pesalah utama, tetapi minda anda adalah musuh yang pandai. Otak anda boleh mengelirukan dan membuat anda sengsara….anda tidak akan menyedarinya langsung.

Tetapi bukan semuanya hilang. Anda boleh belajar bagaimana untuk mengenali penipuan minda anda dan membina pemikiran yang betul. Jom kita tengok senarai pemikiran-pemikiran yang kelihatan tidak berbahaya untuk lihat jika minda anda menipu anda daripada kebahagiaan anda.

1. Mulai sekarang. saya akan buat yang terbaik.

Berapa banyak kali anda telah memberi tekanan kepada diri sendiri untuk berfikir positif selepas berlaku kejadian yang menyedihkan atau selepas melihat sesuatu yang memberikan anda inspirasi? Tekanan kadang kala dapat memberikan dorongan, mengarahkan diri sendiri untuk membuat ‘yang terbaik’ tidak memberikan anda banyak kelonggaran.

Kita telah menanamkan untuk percaya yang apabila kita mahu melakukan perubahan penting, kita harus mengambil satu lompatan besar. Tetapi bagaimana jika anda mengalami satu hari yang buruk? Tenaga untuk berubah itu tiba-tiba hilang, semuanya kelihatan suram, dan anda tidak boleh meluahkannya.
Anda rasa macam satu kegagalan.

Adalah penting untuk ingat perubahan yang anda mahukan memerlukan masa, ketabahan, dan kesabaran. Jadi, ambil satu langkah kecil pada satu masa dan tinggalkan bilik pergi ke suatu tempat yang sesuai untuk merenung dan belajar daripada kesilapan.

2. Saya cuma perlu jadi lebih seperti...

Ianya normal untuk fikir yang anda patut berusaha untuk jadi seperti mereka yang anda kagumi. Masalahnya timbul apabila anda berhajat anda boleh jadi mereka.

Jika anda terlalu taksub ‘menjadi orang lain’, anda akan lupa keperibadian anda sendiri –keperluan, nilai, ciri-ciri dan perjalanan hidup anda.

Yang pasti, belajar apa yang boleh daripada role model dan sesuaikan atau ubah suai idea-idea mereka bagi sesuai dengan anda. Tetapi jangan lupa untuk memcari idea anda sendiri. Memperoleh pengetahuan kendiri dan kehormatan adalah tidak ternilai dalam pembinaan satu kebahagiaan yang kekal.

3. Saya cuma akan ikut apa kata pakar.

Senang untuk fikir yang pakar boleh bantu anda mencari jalan kebahagiaan. Apabila anda jatuh, kata-kata mereka seperti lampu isyarat harapan. Tetapi harapan itu boleh pergi dengan sepintas lalu jika anda tidak mengaplikasikan ajaran mereka pada kehidupan sebenar.

Pakar berkongsi idea dasarkan pengalaman mereka. Manakala bantuan nasihat, kata-kata mereka hanya sebagai hint bukannya jawapan untuk rintisan kehidupan anda. Ianya harus berdasarkan pengalaman anda sendiri dimana anda akan mencantumkannya sendiri, menyedari kebolehan anda, dan mencari apa yang penting pada anda.

Belajar untuk mempercayai diri sendiri.

4. Saya terlalu sibuk. Saya akan cari lebih masa untuk fokus pada diri saya…nanti.

Pada zaman sekarang, terlalu sibuk dengan kerja menjadi sesuatu yang berbaloi untuk digah-gahkan atau sesuatu yang anda tidak boleh lari. Bagaimanapun, terus hidup dengan cara ini dan mencari masa untuk diri anda menjadi semakin mustahil. Akan mungkin akan menyalahkan komitmen-komitmen anda kerana telah mencuri masa.

Tetapi adakah betul mustahil untuk anda mendapatkan masa untuk diri sendiri? Adakah anda sibuk atau ianya hanya helah anda? Ada tak kerja yang anda boleh tinggalkan?

Lihat pada jadual anda, utamakan, dan letak sedikit masa untuk ‘diri anda’. Semuanya akan memberikan manfaat lebih jika anda meluangkan masa untuk menjaga kebajikan diri sendiri.

5. Saya terlalu letih. Saya perlu rehat.

Mungkin anda mengambil sedikit masa tetapi anda tidak mahu untuk memikirkan tentang apa-apa dengan bersungguh-sungguh. Rehat membantu akan untuk recharge minda anda. Bagaimanapun, terdapat satu perkara dimana berehat terlalu banyak. Dalam kes ini, ‘mengambil rehat’ menjadi alasan untuk melepaskan diri.

Fikirkan tentang hidup anda tidak sepatutnya menjadi seperti kerja rumah. Mengambil kesempatan ketika otak anda tidak berfikir terlalu banyak perkara. Untuk permulaan, ambil 10 minit dan tanya pada diri sendiri apa yang telah anda buat, kenapa anda buat, dan apa yang akan buat anda lebih bahagia? Ianya berbaloi dengan masa anda.

6. Orang lain cuma lebih bernasib baik daripada saya.

Nasib tak baik – adalah keyakinan diri yang popular apabila kita tidak mampu untuk memahami kenapa kita tidak dapat apa yang kita mahukan. Ianya satu kelegaan yang sementara untuk mengurangkan ‘kesakitan’ tetapi boleh mencipta satu perasaan geram terhadap perkara lain.

Kenapa letak hidup anda pada nasib? Saya lebih percaya ‘anda yang buat nasib anda sendiri’. Lakukan kerja yang anda perlu kerana nasib tidak boleh bagi anda kebahagiaan pada masa hadapan – anda yang bagi.

Tanamkan lebih kepercayaan dalam diri kerana matlamat anda perlukan anda – tenaga, keghairahan, dan keazaman anda.

7. Saya tidak boleh tunggu sehingga hari…

Apabila saya bahagia dengan kehidupan saya.. apabila saya berjaya.. apabila saya lebih sihat.. apa bila saya mencari tujuan dalam hidup.

Berangan bagus dalam batas tertentu. Ia menjadikan anda kreatif dan membayangkan di mana anda mahu berada. Ia hanya menjadi bahaya apabila anda tidak melakukan apa-apa untuk mencapainya. Jangan hidup bahagia hanya dalam kepala anda. Perkara yang baik datang kepada mereka yang mengejarnya.

Sudah tentu ia tidak akan jadi semalaman. Anda mungkin mengalami permulaan yang salah dan hadapi saja, ada masanya anda akan gagal. Tetapi teruskan, cuba lagi atau teruskan pada perkara seterusnya. Lagipun, bukankah kehidupan adalah mengalami dan mempelajari daripada baik dan buruk? Berjumpa dengan kawan baru, menjelajah idea, dan menemui tempat-tempat baru?

Kehidupan anda tidak akan berubah jika anda melepaskan masa hanya dalam khayalan anda. Masa itu tidak ternilai, jadi teruskan dan teruskan pergi.

Mahukan kebahagiaan? tahu dan percaya dengan diri sendiri.
Continue Reading...

December 14, 2011

Sukar untuk mendapat Keredhaan Manusia

Orang lain sering tidak meredhaai apa yang kita buat, anda juga mesti pernah mengalami perkara ini. Apa yang anda buat sering mendapat bantahan orang lain, family dan rakan-rakan. Saya juga pernah mengalami perkara ini.

Disini ingin saya kongsikan cerita cerita tentang keredhaan manusia yang saya pernah dengar di dalam satu kuliah magrib, pada satu hari ada seorang tua dan cucunya mengembara merentasi padang pasir di Arab. orang tua tersebut mengembara bersama cucunya dengan seekor unta. Pada mulanya orang tua tersebut menaiki unta dan cucunya pula berjalan kaki sahaja. Mereka ada singgah disebuah kampung untuk berehat, sepanjang melalui jalan di kampung tersebut ramai orang mengata tentang cucu orang tua tersebut yang hanya berjalan kaki tapi orang tua itu menunggang unta. Kononnya orang tua itu tidak simpati langsung dengan cucunya yang masih kecil itu.

Selepas berehat, mereka sambung perjalanan mereka. Tetapi kali ini cucunya pula menunggang unta dan datuknya pula berjalan kaki. Mereka tiba lagi disebuah kampung untuk berehat. Kali ini orang di kampung itu pula mengata tentang cucunya yang muda tidak mengasihani datuknya yang sudah berumur dengan membiarkan datuknya berjalan kaki.

Setelah melalui kampung tersebut, mereka  teruskan perjalanan mereka. Kali ini orang tua itu dan cucunya sama-sama menunggang unta. Mereka tiba pula di kampung yang ketiga untuk berehat. Tibanya mereka di kampung tersebut, orang kampung disitu pun mengata lagi, kali ini tentang mereka berdua, datuk dan cucu itu tidak mengasihani unta mereka kerana menunggangnya berdua.

Cerita ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa keredhaan manusia adalah sukar untuk didapati. Kalau ikutkan kata orang ramai, anda akan sukar membuat pilihan, kerana pendapat setiap orang adalah berbeza. Yang patut kita cari ialah keredhaan Allah s.w.t dan juga ibu bapa kita, itu yang penting sekali. Mungkin kata-kata orang lain ini kita boleh jadikan sebagai nasihat sahaja.
Continue Reading...