November 7, 2012

Apa Itu Root Android?



Rooting Android adalah satu proses membenarkan pengguna telefon pintar, tablet, dan peranti lain yang beroperasi menggunakan Android untuk memperoleh kawalan istimewa (dikenali sebagai "root access") di dalam subsistem Android. Rooting selalunya dipahamkan untuk mengatasi had-had yang dibuat oleh pembawa telefon selular (Carriers@Syarikat Telco) dan pembuat hardware, memberikan keupayaan untuk mengubah atau mengantikan sistem aplikasi dan seting, menjalankan aplikasi istimewa yang memerlukan kebenaran pada tahap-administrator, atau untuk melakukan operasi lain yang tidak dapat dilakukan oleh pengguna Android biasa. Rooting boleh dikaitkan dengan Jailbreaking peranti yang dioperasikan oleh Apple iOS. Pada Android, rooting juga boleh memudahkan proses membuang dan mengantikan sistem operasi peranti, kebiasaannya dengan operasi sistem yang lebih baru.

Oleh kerana Android asalnya daripada Linux Kernal, rooting peranti Android adalah sama dengan proses untuk mengakses kebenaran admin pada operasi sistem Linux yang lain seperti FreeBSD atau OS X.
Kesimpulannya, rooting ini membolehkan pengguna Android mengakses sistem kepada tahap yang lebih mendalam. Kebiasaannya rooting ini dilakukan untuk pembangunan sistem Android, aplikasi-aplikasi Android, hardware Android dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem dalaman Android. Akses rooting ini tidak digalakkan kerana takut jika pengguna menyalah gunakan kelebihan ini, dan ianya boleh merosakkan sistem dalaman Android.

No comments :

Post a Comment