November 7, 2012

Apa itu Android?


Android adalah sistem operasi telefon bimbit berasaskan linux dibangunkan dan diedarkan oleh Google bersama dengan Open Handset Alliance. Pada mulanya Android dibangunkan oleh Android Inc. sebelum ianya dibeli oleh Google pada 2005, dan didedahkan pada 2007, dengan penubuhan Open Handset Alliance, satu konsortium terdiri daripada 86 syarikat hardware, software, dan komunikasi mengambil bahagian untuk memajukan open standard untuk peranti telefon bimbit. Direka terutamanya untuk telefon pintar skrin sentuh dan komputer tablet, telefon pertama dikuasakan dengan Android dijual pada Oktober 2008.






No comments :

Post a Comment