Pemerintahan Islam di Andalusia telah membawa nafas baru setelah
menamatkan kekejaman pemerintahan Raja Roderick. Perilaku dan akhlak Thariq dan
orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan penduduk Andalusia senang untuk
menerima mereka. Kebebasan agama benar-benar diakui apabila pemerintahan Islam
di Andalusia ini tidak berkira untuk mengamalkan mana-mana agama, Islam atau
Kristian mahupun Yahudi bebas mengamalkan agama mereka.
Keadilan ditegakkan tanpa berkira bangsa, sehingga jika tentera Islam
yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda
atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem
perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung
itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki
hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komuniti mendapat
layanan yang sama rata.
Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa.
Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan
rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang
bahagia dan makmur.
Pemerintahan Islam digambarkan berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain
sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadun. Antaranya dapat
dibuktikan daripada:
Seorang penulis Kristian terkenal menulis:
"Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.”
Daripada gambaran ini, dapat difahami
bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti
sebenarnya boleh membantu mewujudkan kestabilan selagi mana ia tidak
bertentangan dengan hasrat pemerintahan. Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan
tamadun Islam Andalusia menguasai dunia dan meniti di bibir umat dalam
menghormati ketamadunan yang dibina.
Dalam masa yang singkat tentera Islam Berjaya
menguasai Negara yang diperintah dengan kejam ini. Keazaman tentera Islam untuk
memerdekan Andalusia ketika itu sangat tinggi walaupun bilangan tentera mereka
lagi sedikit berbanding tentera Raja Roderick. Dan mereka Berjaya juga akhirnya
memerintah Andalusia dan memberikan nafas baru dalam pemerintahan yang
bercirikan Islam dan menyebarkan syiar Islam di Negara Eropah ini.
Secara umum, pemerintahan Islam di
Andalusia telah menjadi pemangkin kepada kejayaan Eropah dalam membina tamadun
mereka. Usaha-usaha yang dilakukan oleh para pemerintah Islam telah memberikan
impak positif sehingga Barat dapat membina tamadun mereka yang membanggakan
sehingga hari ini.
Pada peringkat awal, pemerintah Islam
berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka mempunyai pelbagai
latar belakang. Ada dalam kalangan mereka berbangsa Arab, Yahudi, Barbar,
Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat
berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun antara punca kejatuhan
kerajaan Islam juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya ini yang
merenggangkan hubungan mereka sesama sendiri sehingga akhirnya kerajaan turut
menjadi lemah.
Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #1 : Penaklukan Andalusia
Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #1 : Penaklukan Andalusia
kisah teladan untuk pedoman seluruh umat manusia
Bolehkan saya mendapat rujukan untuk rangkap ayat : "Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.”
ReplyDelete