Kerajaan-kerajaan kecil yang muncul di Andalusia
terbentuk apabila kepimpinan utama mula lemah. Ia rentetan daripada kelemahan
pemimpin di kalangan Bani Umaiyyah yang menguasai Andalusia selepas daripada
Khalifah al-Mustansar Billah (961-976 M). Bermula dari itu, Andalusia yang
diperintah oleh satu kerajaan, berpecah menjadi banyak daerah yang membentuk
lebih daripada 20 kerajaan- kerajaan kecil.
Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil
init urut dikenali sebagai Muluk
al-Tawa’if disebabkan oleh semangat puak iaitu untuk mengangkat puak
sendiri. Mereka seolah-olah secara tidak langsung berpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyyah dan seakan menjurus
kepada perkauman sesama sendiri.
Fenomena ini berlaku setelah pucuk
kepimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran,
malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah. Secara tidak
langsung, kerajaan-kerajaan kecil ini wujud pada dekad akhir pemerintahan Bani
Umaiyyah di Andalusia iaitu kira-kira sekitar tahun 403 H / 1012 M.
Namun bibit-bibit perpecahan awal
telah pun wujud atau dapat dilihat 20 tahun lebih awal iaitu semasa Khalifah
Hisham II memegang tampuk pemerintahan. Perpecahan adalah jelas ketara setelah
Al-Mansur Ibn Abi Amir meninggal dunia pada tahun 392 H / 1002 M.
gua, gua-lu, merintis kehidupan manusia, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit, kisah teladan untuk pedoman
No comments :
Post a Comment