- Argentina
- Barbados
- Brazil
- Belgium
- Croatia
- Denmark
- Finland
- Greece
- Hungary
- Kenya
- Malta
- Mauritius
- Morocco
- Norway
- Russia
- Scotland
- Slovakia
- Sri Lanka
- Sweden
- Trinidad and Tobago
- Brunei
- Turkey
- Oman
- Saudi Arabia
- Uruguay
*jumlah ini berkemungkinan tidak tepat.
Pendidikan percuma dirujuk kepada pendidikan yang dibiayai oleh cukai atau organisasi kebajikan.
Walaubagaimanapun, pendidikan percuma ini bukannya keseluruhannya
percuma. Negara-negara yang berpendidikan percuma ini kebanyakkannya hanya
yuran pengajian sahaja ditanggung, tetapi kos pentadbiran dan yuran pelbagai
masih perlu dibayar contohnya di negara-negara Nordic (Denmark, Finland,
Iceland, Norway and Sweden) dan Argentina. Tetapi penduduk di negara-negara Nordic
ini dikenakan kepelbagaian cukai yang tinggi untuk disalurkan ke sektor pendidikan.
Untuk mendapatkan pendidikan percuma ini juga bukannya senang, seperti
di Brazil, pemberian pendidikan percuma ini agak terhad kerana pertambahan universiti-universiti
di negara tersebut agak tinggi. Dengan ini pelajar harus bersaing untuk
mendapatkan pendidikan percuma ini, dan persaingan ini teramat sengit
dikalangan mereka. Mereka juga wajib lulus peperiksaan yang dinamakan “Vestibular” untuk kemasukan ke universiti.
Di Sri Lanka, pendidikan percuma diberikan sepenuhnya pada peringkat
awal dan pertengahan, tetapi pada peringkat tinggi pendidikan percuma adalah
terhad, kurang daripada 16,000 pelajar sahaja yang layak menerima pendidikan
ini. Pelajar di Sri Lanka juga wajib menduduki peperiksaan untuk kemasukkan ke universiti
dan hanya pelajar terbaik sahaja dipilih.
Ada pula di negara-negara tertentu yang pendidikan percuma hanya
diperingkat rendah dan pertengahan (menengah) sahaja. Contohnya di negara Mauritius.
Cara Negara-negara ini memberi pendidikan percuma adalah kebiasaannya
melalui pemberian biasiswa dan elaun bulanan.
Natijahnya, pendidikan percuma ini bukan sewenang-wenangnya diberikan
kepada pelajar dan juga bukan semua pelajar akan dapat, tetapi ada pengorbanan dan
cara yang sukar untuk mendapatkannya.
gua, gua-lu, merintis kehidupan, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit,
kisah teladan untuk pedoman seluruh umat manusia
No comments :
Post a Comment