November 4, 2011

Tutorial: Cara nak buat linked rotating banner/image pada blog.

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Yuhuu . . . .

Hari ni gua nak kongsi cara buat rotating banner/image dengan mudah pada blog
anda. Rotating banner/image ini adalah satu cara untuk meletakkan iklan atau
gambar (gambar biasa buat slideshow pon boleh) anda tanpa memerlukan ruang
yang banyak. Kadang kalau tengok iklan bergambar banyak2 ni boleh semak
jugakkan (bagi sesetengah orang). Seperti yang ada boleh lihat dalam blog gua ni,
gua ade buat satu rotating banner untuk tujuan aktiviti pengiklanan gua.





Kite tengok macam mane nak buat rotating banner/image ni eh..

Step 1: Masuk laman web ni http://www.htmlbasix.com/banner.shtml. Dalam
laman web ni anda akan nampak rotating banner generator.


Step 2:  Pilih sama ada anda nak gambar tu ditukar mengikut masa tertentu atau gambar
baru setiap kali anda refresh page.

Step 3: Pilih sama ada link anda dibuka pada page yang sama, buka window baru
atau buka tab baru.

Step 4: Pilih saiz gambar anda. (semua gambar saiz yang sama**)

Step 5: Jika anda ada lebih daripada satu rotator ni, pilih nombor yang lain bagi setiap rotator.

Step 6: Masukkan url gambar anda dan link gambar anda.

Step 7: Klik Generate.

Step 8: Code anda siap digenerate pada tab yang baru.

Step 9: Copy and paste code tersebut pada bahagian yang anda kehendaki. (gua anggap anda tahu je macam mane nak copy and paste kat gadget ni :D


** untuk saiz gambar yang berlainan boleh diedit pada code yang telah siap digenerate.



Mudahkan? Selamat mencuba.

hack out life @ gua-lu, http://www.gua-lu.blogspot.com, membawa berita, cerita, dan kehidupan dihadapan mata anda gua, gua-lu, hack out life, berkongsi cerita dan berita, bring stories and news infront of you, share stories and news to you, hal-hal duniawi

No comments :

Post a Comment