October 31, 2011

Tips Hadapi Banjir Semasa Memandu.

1.      Jika anda boleh elak daripada redah banjir, seelok-eloknya anda ambil pilihan untuk mengelak. Jangan fikir kereta dihadapan anda lepas, kereta anda juga boleh lepas.
2.      Kalau kereta anda telah dikelilingi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi.
3.      Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, pandu dengan perlahan-lahan ( dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Tukar gear rendah bagi kereta manual yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah.
4.      Kalau air masuk juga ke dalam enjin, jangan cuba start balik kenderaan anda, ini boleh menyebabkan enjin anda rosak dengan teruk. Pilihan anda adalah menarik keluar kenderaan anda daripada air dan biarkan selama beberapa hari untuk memastikan air telah keluar semuanya daripada enjin anda.
5.      Jangan panik dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning(tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)
6.      Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan.
7.      Jangan memandu melawan arah traffic, kalau terpaksa juga, biarkan kenderaan dari arah bertentangan tu lalu dulu, baru anda lalu.
8.      Setelah berjaya mengharungi banjir, uji break anda dahulu. Mula-mula tekan break sampai anda yakin brek tu berfungsi, lepas tu pegang steering dengan kuat dan tekan brek sedikit-sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek anda.
Bahayanya banjir ni adalah bila anda tidak tahu berapa kedalam banjir tersebut dan risiko kereta anda dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi. Air setinggi lebih kurang 6 inci  sudah cukup untuk mencecah bawah kereta anda dan menyebabkan anda hilang kawalan atau menterbalikkan kereta anda. Dan paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan anda boleh hanyut.
Panduan am
Jalan-jalan yang ditenggelami air itu dianggap tidak boleh dilalui oleh:

  • Kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35m (14") di permukaan jalan.
  • Semua kenderaan sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2'6") di permukaan jalan.




3 comments :

  1. saye pernah mengalaminya..tapi alhamdulillah lepas..padahal muke da pucat lesi da..LOL..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk blog yang menarik

    ReplyDelete