December 14, 2011

Sukar untuk mendapat Keredhaan Manusia

Orang lain sering tidak meredhaai apa yang kita buat, anda juga mesti pernah mengalami perkara ini. Apa yang anda buat sering mendapat bantahan orang lain, family dan rakan-rakan. Saya juga pernah mengalami perkara ini.

Disini ingin saya kongsikan cerita cerita tentang keredhaan manusia yang saya pernah dengar di dalam satu kuliah magrib, pada satu hari ada seorang tua dan cucunya mengembara merentasi padang pasir di Arab. orang tua tersebut mengembara bersama cucunya dengan seekor unta. Pada mulanya orang tua tersebut menaiki unta dan cucunya pula berjalan kaki sahaja. Mereka ada singgah disebuah kampung untuk berehat, sepanjang melalui jalan di kampung tersebut ramai orang mengata tentang cucu orang tua tersebut yang hanya berjalan kaki tapi orang tua itu menunggang unta. Kononnya orang tua itu tidak simpati langsung dengan cucunya yang masih kecil itu.

Selepas berehat, mereka sambung perjalanan mereka. Tetapi kali ini cucunya pula menunggang unta dan datuknya pula berjalan kaki. Mereka tiba lagi disebuah kampung untuk berehat. Kali ini orang di kampung itu pula mengata tentang cucunya yang muda tidak mengasihani datuknya yang sudah berumur dengan membiarkan datuknya berjalan kaki.

Setelah melalui kampung tersebut, mereka  teruskan perjalanan mereka. Kali ini orang tua itu dan cucunya sama-sama menunggang unta. Mereka tiba pula di kampung yang ketiga untuk berehat. Tibanya mereka di kampung tersebut, orang kampung disitu pun mengata lagi, kali ini tentang mereka berdua, datuk dan cucu itu tidak mengasihani unta mereka kerana menunggangnya berdua.

Cerita ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa keredhaan manusia adalah sukar untuk didapati. Kalau ikutkan kata orang ramai, anda akan sukar membuat pilihan, kerana pendapat setiap orang adalah berbeza. Yang patut kita cari ialah keredhaan Allah s.w.t dan juga ibu bapa kita, itu yang penting sekali. Mungkin kata-kata orang lain ini kita boleh jadikan sebagai nasihat sahaja.

1 comment :

  1. Saya setuju. Pendapat orang kita jadikan nasihat tapi lebih penting kita buat keputusan yang kita senang hati. Nak senang hati, ikut cakap ibu bapa.

    ReplyDelete