April 22, 2012

Top 10 Gaji Pemain Bola Termahal Dunia 2012

1. David Beckham, Los Angeles Galaxy ($46 Juta)


Selepas memenangi MLS Cup yang pertama beliau pada November 2011, Bechkam menandatangani semula untuk dua tahun lagi bersama pasukan L. A., menolak perjanjian yang lebih menguntungkan bersama kelab Perancis, Paris-St. Germain. Tetapi beliau menyimpan kejutan yang lebih besar untuk iklan Super Bowl dimana beliau menanggalkan seluar boxer untuk produk terbaru H&M Underwear. Dengan badannya dan perjanjian baru bersama penaja sepanjang hidup Adidas, Samsung, Coty dan yang terbaru Burger King, bukan sahaja menjadikan beliau pemain bola berpendapatan paling tinggi, tetapi salah seorang atlet yang mendapat pendapatan tertinggi.

2. Cristiano Ronaldo, Real Madrid ($42 Juta)
Dengan lebih 8.4 juta pengikut di Twitter dan 42.2 juta peminat di Facebook, Ronaldo adalah atlet paling aktif bersosial online. Populariti beliau telah menguntungkan beliau sebanyak $21 juta menerusi penaja seperti Nike, Castrol dan Konami’s Pro Evolution Soccer, semuanya beliau promosikan menerusi laman sosial beliau. Prestasi yang menakjubkan di dalam padang memberikan beliau gaji dan bonus, termasuk 50-50  shares dalam hak milik gambar beliau yang bernilai $21 juta. Penyerang Real Madrid ini menjaringkan 40 gol dalam La Liga pada musim lepas dan pada Mac tahun ini beliau menjadi pemain terpantas menjaringkan 100 gol dalam La Liga.

3. Lionel Messi, Barcelona ($39 Juta)


Pemain terbaik dunia yang bertahta selama tiga tahun berturut-turut banyak membuat rekod terbaru pada tahun ini. Dalam bulan Mac beliau menjadi pemain pertama menjaringkan lima gola dalam Liga Juara-juara dan diikuti memecahkan rekod sepanjang masa Barca pada dua minggu selepas itu. Dengan disusuli pada masa lepas, pengesahan berpotensi beliau akhirnya mencerminkan pemainan beliau didalam padang. Penaja besar beliau Adidas, Pepsi, EA Sports adalah portfolio yang besar membayar beliau $19 juta selain daripada $20 juta gaji dan bonus.


4. Wayne Rooney, Manchester United ($24 Juta)


Walaupun mendapat kontroversi di padang (Di gantung 2 perlawanan daripada 2012 European Championshio selepas menyepak pemain Montenegro semasa kelayakan pada Oktober 2011), lari bidang ( ada 2010 pelacur-pelacur mengatakan beliau menaungi mereka semasa isterinya sedang mengandung, dan online (April lepas beliau mengugut satu pasukan lawan di Twitter), Populariti Rooney tetap tidak berkurangan. Bukti: beliau menjadi pemain yang jerseynya paling laris di Premier League musim lalu. Ketika Coca-cola membiarkan kontrak beliau luput tahun lalu, penaja beliau seperti Nike dan EA Sports tetap promosikan beliau. Kontrak 5 tahun bermain terbaru telah ditandatangani pada Oktober 2010 juga memberikan beliau gaji dan bonus yang tertinggi dalam kesukanan.

5. Kaka, Real Madrid ($21 Juta)

Ketika berita terbaru beliau berhenti daripada squad awal olimpik Brazil mengemukakan yang kegemilangan beliau telah lepas, Kaka (Nama timangan beliau yang dilahirkan bernama Ricardo Izecson dos Santos Leite) telah mempamerkan satu kepulangan ke bentuk world-class dimana beliau terkenal sebelum pembedahan lutut pada Ogos 2010. Dalam 20 persembahan beliau sejak mula 2012, beliau telah menjaringkan 4 gol dan 8  assists, membuktikan beliau masih seorang perancang yang harus dikenali. Imej beliau yang tidak pernah tercalar membuatkan penaja seperti Adidas dan juga EA kekal minat dengan beliau.

6. John Terry, Chelsea ($18 Juta)

Adalah satu perkara yang bagus bintang pentahanan The Blues dapat bergantung pada kontrak yang akan membayar beliau $12 juta setahun sepanjang musim 2013-2014. Wang pengesahan beliau mungkin akan habis. Untuk kali kedua dalam dua tahun, Terry dilucutkan sebagai kapten pasukan kebangsaan Inggeris kerana ketidak bijaksanaan. Penaja utama beliau, Umbro telah membuang beliau daripada laman web mereka tanpa memberitahu apa-apa.



6. Yaya Toure, Manchester City ($18 Juta)

Midfielder ini telah menyerai City pada Julai 2010 untuk bersama-sama dengan abangnya, Kolo, yang kini berusia 31 tahun menjadi benteng pertahanan City. Kontrak 5 tahun akan membayar beliau lebih $15 juta setahun, menjadikan beliau salah seorang yang mendapat bayaran tertinggi dalam EPL. Musim lepas beliau mendapat 13 gol dan 7 assisti dalam semua perlawanan membantu beliau mendapat anugerah African Player of the Year 2011. Beliau juga telah menandatangani satu perjanjian pengesahan bersama Puma termasuk mengedarkan jenama kepada anak-anak Afrika yang tidak bernasib baik.

8. Fernando Torres, Chelsea ($17 Juta)

Selepas menandatangani perjanjian 5 tahun dengan Liverpool pada Ogos 2010, penyerang Sepanyol kemudiannya meninggalkan The Reds pada Januari 2011 untuk menyertai The Blues dibawah 5 tahun kontrak yang bernilai $10 Juta setahun, hampir 30% kenaikkan gaji. Beliau masih belum memberikan hasil yang baik untuk Chelsea, hanya baru-baru ini dalam bulan Mac beliau menamatkan 6 bulan kemarau jaringan. Walaubagaimanapun beliau masih tersenarai dalam A-list, berlakon bersama dengan Messi dalam satu iklan Pepsi dan Nike adalah salah satu penaja beliau.


9. Frank Lampard, Chelsea ($16 Juta)

Wujud spekulasi yang Lampard akan menyertai Los Angeles Galaxy apabila kontrak beliau tamat dalam tahun 2013 dan beliau berumur 35 tahun. Beckham telah memarakkan lagi, menyatakan terdapat peluang yang kumpulan beliau dapat meyakinkan Lampard untuk menyertai L. A. Galaxy. Secara kebetulan, perjanjian 2 tahun Beckham dengan kelab akan tamat pada 2013 memberi ruang untuk Pemain MLS menonjol.

9. Steven Gerrard, Liverpool ($16 Juta)


Pada Januari lepas, Gerrard telah menandatangani satu kontrak sambungan menguatkan lagi legasi kapten sebagai Red for life. Kelab Liverpool juga telah menawarkan beliau menjadi duta apabila beliau memutuskan untuk menggantung boot satu hari nanti. Selain mendapat tajaan Adidas, beliau juga telah menjana pendapatan dengan berlakon dalam satu Filem British bertajuk “Will” yang telah ditayangkan pada November lepas dan juga memiliki kepentingan pemilikan dalam restoran Liverpool.


10. Samuel Eto'o, Anzhi Makhachkala ($15.7 Juta)


Mendapat satu musim terbaik peribadi di Inter Milan dimana beliau mendapat 37 gol dan 15 assists dalam 53 kemunculan, pemain yang mendapat rekod empat kali African Player of the Year menyertai Liga Perdana Russia bersama Anzhi Makhachkala yang dimiliki bilionaire  Suleyman Kerimov. Penyerang Cameroon ini menandatangani perjanjian pada Ogos 2011 adalah antara kontrak kelab yang termahal. Selama tiga tahun Eto’o akan mendapat $41.5 Juta.

hack out life @ gua-lu, http://www.gua-lu.blogspot.com, membawa berita, cerita, dan kehidupan dihadapan mata anda gua, gua-lu, hack out life, berkongsi cerita dan berita, bring stories and news infront of you, share stories and news to you, hal-hal duniawi

2 comments :

  1. main bola pun boleh kayakan...

    ReplyDelete
  2. bola sepak luar negara kuat betting atau judi. jadi banyak duit masuk. lepas tu kalau dah famous, byk la offer itu ini..

    ReplyDelete