July 2, 2012

Pengajaran Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia #5: Benteng Terakhir Dan Kejatuhan Andalusia

Benteng Terakhir Dan Kejatuhan Andalusia

   Cordova yang masyhur didalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan Bandar terakhir dibawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian.

   Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan Islam di Andalusia amat menyedihkan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam dibawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620-897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam dibawah pemimpin Abu Abdullah daripada di guling dengan lebih teruk.

   Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandatangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan diserahkan kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella. Perjanjian yang dikatakan mempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara.

   Namun perjanjian yang tidak pernah ditunaikan oleh pihak Kristian itu nampaknya menjadi senjata yang menikam umat Islam terus menerus sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan, apatah lagi untuk merampas kembali Andalusia ini. Kesan-kesan peninggalan umat Islam, ketamadunan yang dibina dan seumpamanya telah banyak dimusnahkan.

   Jika kita menjejak kaki ke Andalusia ketika ini, kita dapat melihat sendiri bagaimana kota yang dibina oleh pemerintahan Islam kelihatan dihancurkan dan hampir tidak ditemui oleh para sejarawan dan ahli arkeologi. Dalam kes ini, lebih jelas jika dilihat bagaimana kota Madinahat-Zahra ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan runtuhan kota itu seolah tidak dapat untuk diselamatkan. Walaupun kota ini dikhabarkan musnah akibat pergolakan dan peperangan saudara pada tahun 1010M, namun keunggulan kota ini terus malap apabila Andalusia jatuh ke tangan bukan Islam.

   Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra’ atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

   Oleh kerana berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada ini. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya sendiri, iaitu kepada saudaranya yang, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad.

  Lalu perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada kepada beliau, lantas Ferdinand dan isterinya Isabella sebagai Raja dan Ratu yang menumpang kejayaan terakhir di Andalusia.

   Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup mengandaikan prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja. Selain itu ia turut disebabkan beberapa faktor iaitu;
  • Usaha agresif puak Kristian untuk menakluk kembali wilayah yang ditadbir oleh kaum Muslimin sehingga menyebabkan pertahanan mereka terus rapuh dan tidak mampu bertahan atas serangan fikri dan askari yang dilakukan tentera musuh. Gerakkan ini lebih dikenali sebagai Recoquista. Tidak dinafikan ia yang mempunyai kaitan dengan usaha pihak Kristian untuk menakluk wilayah yang telah jatuh ke tangan umat Islam di seluruh dunia dimana ia seolah turut terkesan dengan pergerakantentera Salib yang menumpukan perhatian di wilayah umat Islam di Asia Barat.
  • Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di wilayah luar Andalusia, melainkan sokongan yang sering diterima hanya dari Afrika Utara sahaja.
  • Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak (succession plan) untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak-beranak atau ahli keluarga.
  • Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain. Perbezaan fikrah yang wujud dalam kalangan mereka banyak membawa keruntuhan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.
   Kesan daripada kejatuhan inilah umat Islam dihina dan dihalau keluar dari Andalusia. Ia turut terpalit kepada kaum Yahudi, dimana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterusnya runtuh. Kehinaan yang diterima seperti mana berdasarkan perintah yang dikeluarkan pada tahun 1492M iaitu setiap orang Yahudi yang enggan dibaptis, mereka perlulah keluar dari Andalusia dalam tempoh 3 bulan. Ia diikuti perintah yang dikeluarkan 10 tahun selepas itu kepada mereka yang tidak mahu dibaptiskan, iaitu perintah pada Februari 1502 di mana pihak Kristian mengusir golongan pendatang yakni orang Islam dari Seville dan sekitarnya. Jelas, kejatuhan pemerintahan yang berlaku bukan sekadar peralihan kuasa politik tetapi ia turut memberi kesan kehinaan kepada umat Islam malah ada diantara mereka yang diperangi ketika sudah bersedia keluar dari Andalusia.





gua, gua-lu, merintis kehidupan manusia, berkongsi cerita dan berita, membawa cerita dan berita, cerita dan berita hal-hal duniawi, cara-cara membuat duit, kisah teladan untuk pedoman

5 comments :

  1. Apabila Al Quran dan sunnah jauh dari hati, segalanya terjadi.

    ReplyDelete
  2. cuma takut perkara yang terjadi di andalusia ini berlaku di Malaysia. Melayu berbalah sesama Melayu.

    ReplyDelete
  3. Kalau melayu sesama melayu, bermakna dari selatan filipina, indonesia, brunei, indonesia dan selatan Thailand. Melayu berpecah dan dipisahkan dan dikalahkan apabila Islam tidak lagi menjadi keutamaan. Lihat sejarah negara Islam Melaka, Makasar, Pasai dan Mataram.

    ReplyDelete
  4. dalam Malaysia kita sendiri boleh nampak. Melayu berbalah sesama Melayu demi kepentingan sendiri mahupun politik.

    ReplyDelete
  5. berbalah sebab mencegah mungkar.. masjid diletakkan lebih rendah berbanding kasino ,yg di letakkan di tempat tinggi.iaitu di ats bukit.. itu sekadar perumpamaan. kalau kerajaan sendri dh akur dgn hukum islam,bru la xterjadi perbalahan.ni tdk,bn sendri yg tentang dan teru menentang. di pihak mne kah yg salah sebenarnya ? hehe.. maaf

    ReplyDelete